CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kalau Takda Dia, Takkan Jadi...' - Fenomena Polis Evo 3 Buat Zizan Menangis

9-6-2023 06:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 556| Komen: 1

Bintang utama Polis Evo 3, Zizan Razak dilihat gagal menahan emosi sehingga menjatuhkan air mata ketika memberikan ucapan pada sesi jelajah filem pecah panggung berkenaan di Singapura, baru-baru ini.


Menerusi sepotong video, Zizan dilihat meluahkan rasa terharu dan sayangnya terhadap Shaheizy Sam, yang juga pemegang watak utama dalam naskhah arahan Syafiq Yusof itu.


Gempak

“Ini orang yang saya sayang (sambil menunjuk ke arah Sam). Tanpa dia, takda Khai takda Sani. Sedar tak sedar kita orang bersahabat lapan tahun dah sama-sama.

“Kalau takda dia, takkan jadi Polis Evo,” ujar Zizan sambil menitiskan air mata.

Reaksi Zizan turut mendapat balasan sedih daripada Sam yang dilihat turut mengesatkan air matanya.

Selain Zizan dan Sam, filem Polis Evo 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.


Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai.

Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Setakat ini, Polis Evo 3 berjaya meraih kutipan tiket sebanyak RM41.3 juta.

Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office RM23 juta.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 9-6-2023 06:39 PM
apa2 je lah kopok losong oi.... kaka takkan sokong atau tengok apa benda pun yang ada wajah kau meskipun ko menangis persis wan maimunah sekalipun hingga tertelan hingus...

takkan aku sedih atau simpati pada jantan tak herlok, buaya dan kaki betina... baik aku kesian kat dek eman fakri yang bakor gf tepi parit tu... kurang2 herlok dari kau... sekian...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.698950 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top