Puteri Balqis, 16, mengakui teruja diberi peluang untuk bergandingan bersama bakat-bakat baharu iaitu Amira Syahira, Harissa Addlynn, Amanda Tan, dan Kashika Selvam dalam drama slot Lestary TV3, Diva Seroja.
Walaupun dah lama berkecimpung dalam industri seni, namun perkara tersebut tidak membuatkan dirinya perlu meletakkan batas kepada pelakon baharu. “Pada saya pelakon baharu tak semestinya mereka tak berbakat. Jadi saya rasa tak perlu untuk saya meletakkan sebarang batas atau level bersama mereka. “Apa yang penting sekiranya dalam bekerja ok, jadi saya akan baik saja dengan mereka,” katanya kepada XTRA. Jelas Aqish lagi yang memegang watak sebagai Amanda dalam Diva Seroja ini, berlakon bersama pelakon usia sebaya ini tidak ada unsur persaingan.
“Selalunya kalau shooting dengan remaja, mereka mesti akan fikir kita ini sebagai competition dan bukan sekadar bekerja. “Tapi dalam cerita ini (Diva Seroja), saya bersama kawan-kawan kami bukan pesaing, kami adalah kawan baik. Jadi hubungan itu menyeronokkan.
“Kalau lepas ni ada tawaran untuk berlakon lagi bersama mereka, saya adalah orang pertama yang akan masuk penggambaran itu sebab chemistry kami sangat kuat,” katanya lagi. Diva Seroja menceritakan tentang sekumpulan pelajar yang berbakat dalam bidang seni dan sukan. Mereka terkenal di kalangan pelajar dan guru Sri Seroja bukan sahaja kerana bakat mereka tetapi juga perangai mereka yang nakal dan sering membuat kekecohan di sekolah!
Selain Puteri Balqis, drama Diva Seroja ini turut menampilkan pelakon popular Fasha Sandha, Nafiz Muaz, Harissa Adlynn dan ramai lagi. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|