Kota Marudu: Gara-gara minum air berkarbonat campur spirit, seramai 20 pelajar lelaki sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Pitas dimasukkan ke hospital selepas keracunan hidrokarbon.
Semua pelajar berusia 13 hingga 17 tahun bagaimanapun dalam keadaan stabil dan sedang mendapat rawatan di Hospital Pitas dan Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) dan HQE II. Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, siasatan awal mendedahkan seorang pelajar membeli sebotol minuman bikarbonat dan dua botol spirit dari sebuah kedai runcit kira-kira 1 tengah hari, 6 Jun lalu. Katanya, salah seorang pelajar kemudian dipercayai mencampurkan kedua-dua cecair itu lalu minum beramai-ramai. "Sebaik meminum campuran itu, tiga pelajar mengalami sakit perut dan mengadu kurang sihat kepada warden asrama sebelum dibawa ke Klinik Komuniti Pinggan-Pinggan untuk mendapatkan rawatan.
"Pelajar itu bagaimanapun diarahkan pulang dan datang semula ke klinik sekiranya gejala semakin teruk," katanya ketika dihubungi, hari ini. Zairolnizal berkata, dua hari kemudian, tiga pelajar dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Pitas dan dua daripadanya mengalami kekejangan otot serta tercungap-cungap selain bacaan Skala Koma Glasgow (GCS) lemah dan dirawat melalui intubasi. Katanya, kedua-dua mangsa kini dirujuk ke HQE I dan HQE II serta sedang dirawat di Unit Kecemasan. "Manakala 18 pelajar lain masih mendapat rawatan di Hospital Pitas masing-masing empat di zon kuning dan 14 di zon hijau manakala semua mangsa dalam keadaan stabil. "Berdasarkan keterangan Pegawai Perubatan, pihak hospital pada mulanya mengesyaki gejala itu adalah mabuk metanol daripada mana-mana cecair arak. "Sebaik mengesan botol spirit yang diberikan oleh mangsa, kes diklasifikasi sebagai keracunan hidrokarbon (spirit) memandangkan ianya berasaskan Petroleum," katanya. Beliau berkata, pekerja kedai runcit terbabit turut mengesahkan seorang pelajar datang ke kedai untuk membeli cecair spirit dan minuman bikarbonat. "Setakat ini tidak ada sebarang keterangan yang boleh mengaitkan kes dengan sebarang unsur jenayah," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Samerosie replied at 9-6-2023 09:15 PM
Spirit ni apa? Yg mcm thinner cat ke?
Skuau replied at 9-6-2023 10:20 PM
bahasa tempatan merujuk kpd cecair yg diguna tuk lampu pam.rasanya gas/cecair propane....kot.
asmurai replied at 10-6-2023 11:38 AM
Tu yang aku malas nak hantar anak masuk asrama. Bebudak zaman sekarang duk fikir nak cuba menda yang ...
ADVERTISEMENT