BEIJING, China – Seorang lelaki di China dipecat selepas didapati curang bersama wanita lain selepas tularnya sebuah video fesyen jalanan. Detik melaporkan, Hu Jiyong yang dipecat, merupakan Pengarah Eksekutif dan Pengurus di salah sebuah syarikat terbesar China, Huanqiu Engineering Project Management (Beijing) Co. Ltd.
Menerusi sebuah klip video fesyen jalanan yang dimuat naik dalam aplikasi Douying, Jiyong didapati mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita bernama Dong Sijin. Sijin yang berkelulusan dari Universiti Petroleum China didapati bekerja di bawah Jiying dan isterinya di syarikat sama. Kedua-dua mereka dirakam berpegangan tangan dan berpakaian sedondon. Selepas video itu tular, syarikat Huanqiu Engineering mengambil tindakan tegas dengan memecat Jiyong. Pihak pengurusan bagaimanapun masih belum mengambil tindakan terhadap Sijin. – CARI
Sumber: Kosmo |
dani-rox replied at 9-6-2023 07:12 PM
Ada satu bideo street fashion China kat Douyin, ai suka tengok... campur konsep moden dan tradisiona ...
primarikey replied at 9-6-2023 08:03 PM
letak la bideo tu kt sini sis
Nk tgk jgk
dani-rox replied at 9-6-2023 10:22 PM
ai tengok kat sini
dani-rox replied at 9-6-2023 10:22 PM
ai tengok kat sini
lolen replied at 10-6-2023 01:55 PM
Knp nk amik tindakan kat perempuan tu pulak? Sama company jugak ke..hal peribadi lantak dia la nak b ...
ADVERTISEMENT