CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bermula Suka-Suka Je, Laku Keras Alif Syukri Jual Durian "5 jam dapat RM50,000"

9-6-2023 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4546| Komen: 30

Mulanya suka-suka sahaj, Datuk Seri Aliff Syukri tidak menyangka meniaga buah durian di tapak car boot sales mampu menjana pendapatan lumayan.

Kata Aliff sebelum ini dia sering memberikan durian secara percuma sahaja namun kerana lambakan buah tersebut membuatkan dia terfikir untuk menjual pula di lokasi Kota Damansara, Selangor.


Foto: IG

“Saya jual di tapak car boot, buka meja meniaga dan tidak sangka dalam 30 minit jualan saya cecah RM3,000. 5 jam dapat RM50,000.

“Saya terkejut... Ya Allah banyaknya, padahal saya dah sedekah, yang jual itu hanyalah durian yang saya tidak tahu nak bagi siapa lagi.

“Selepas itu saya terfikir nak jual secara serius pula,” katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Aliff sempat berkongsi kejadian hari pertama jualan apabila berlakunya kes kecurian.

“Saya terkejut bila tengok CCTV (kamera litar tertutup), rupanya duit kami berkurang sebab mereka bawa lari.



“Tapi saya kata tidak mengapa saya halalkan, memang saya meroyan waktu itu,” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 9-6-2023 05:05 PM
sendiri jual kat staff tu theyols bayor ke idokkk... macam gampunk ponen ni nak buat konten pun... baik ko kata ko bagi pree jah...

Quote cikatilia 9-6-2023 05:24 PM
sesak betoi jalan ke pejabat dia
sampai kat jalan raya depa park pastu menapak ke sana... hanat tol.. org nak lalu pun susah
Quote PULANGKAN 9-6-2023 06:21 PM
durian harga dah runtuh kan sekarang ni. harga lantai
nak kata tak laku, orang beli jugak. tapi kena turunkan harga, kalau tak, tak terjual pulak
Quote helicornia 9-6-2023 08:55 PM
Dia ni klu gebang yg grand2 aje.jual durian 50k
Quote dudaberhias 9-6-2023 09:07 PM
PULANGKAN replied at 9-6-2023 06:21 PM
durian harga dah runtuh kan sekarang ni. harga lantai
nak kata tak laku, orang beli jugak. tapi kena ...

yer kaka... sebabtu yang vid ni propa gila... nampak macam dia bagi free je kat staff2..
lepastu up kata jual... propa nak mampossss...

area2 wisma dia tu sendu jah celah mana la orang nak datang beli... staff2 sendiri je lah beli gamaknya...
tu pun tak nampak seko pun hulur duit... di tunjuk hujung2 dah kopek durian tu jah... nampak sangat bagi free...




Quote Madel 9-6-2023 09:18 PM

5 jam rm50k menipu sgt eh
Buah durian tengah musim, lgi jatuh harga berlambak2 org jual tepi jalan.
Tidak le laku sgt pun smpi boleh dpt rm50k.
Makcik aku kat Segamat tu dok up status kat whattapss suh adik beradik, anak cucu, sedara mara mai dtg amik durian.
Tak termakan dia cakap., belum lgi rambutan, manggis, duku, langsat.
Kalau dah sekampung semua ada kebun buahan.,mmg siapa aje nak makan pun.
Quote PULANGKAN 9-6-2023 09:27 PM
dudaberhias replied at 9-6-2023 09:07 PM
yer kaka... sebabtu yang vid ni propa gila... nampak macam dia bagi free je kat staff2..
lepastu u ...

khuenzz kakakalau nama heols naik, Iols gelak dulu baru baca konten
  

10 ayat dia sebut, 1 ja Iols percaya
tu la, sapa suruh selalu menipu  
Quote mawardia 9-6-2023 09:32 PM
Me ols dah 2 tahun x mkn durian.
Quote PULANGKAN 9-6-2023 09:51 PM
Madel replied at 9-6-2023 09:18 PM
5 jam rm50k menipu sgt eh
Buah durian tengah musim, lgi jatuh harga berlambak2 org jual tepi jalan. ...

iyaa sis, macam kat kampung kami jugak la ni
masing2 ada tanah, ada dusun. bila musim, kalau jual kat kawasan sekitar, memang takda sapa beli. semua orang ada

sekarang ni jadi trend longgok durian, musang king, blackthorn, IOI, udang merah, sultan, kampung,
masuk bakul, campur2 tak tau baka apa. kira sebakul terus, RM50. ada tempat jual lagi murah, sebab takut tak terjual

ada rumah bukak khemah, letak tikar, longgok durian
sedara-mara jauh yang kelam-kabut balik nak makan
yang dekat2 ni, usik pun tak lalu dah. muak jemu jelak
nak bawa balik lagi bagus. idok ler berlonggok
ada yang buat tempoyak

kawan Iols, sewa lori angkut durian, longgok kat parking ofis tempat dia kerja
free. amik ler kome, kata beliau sambil flip tudung
walaupun pangkat kecik, tapi family ada banyak dusun buah gituuu
Quote slyfynx 9-6-2023 10:10 PM
Yang penting mesti letak nilai.
Nk letak juta2 cm menipu.
50k pun bole la asalkan nmpk byk
Quote Cekgushilla 9-6-2023 10:11 PM
cikatilia replied at 9-6-2023 05:24 PM
sesak betoi jalan ke pejabat dia
sampai kat jalan raya depa park pastu menapak ke sana... hanat tol. ...

Tgh harii td aku gi amek anak tadika kt seksyen 8 tu pelik tgk keta byk kt lot kedai tu
Rupanya dok berator bli durian
Quote kuzaime 9-6-2023 10:46 PM
Untunglah orang2 yg ada dusun sendiri ni sah2 kenyang kalau takat makan sendiri, ada lebih boleh pulak sedekah @ jual.

Durian mana tahan simpan lama, sementara elok lakulah nak jual. Masa durian x banyak mana, ada yg jual durian dah merekah pun mahal gila padahal dah layak buat tempoyak ajepun tu
Quote Madel 9-6-2023 11:00 PM
Edited by Madel at 9-6-2023 03:02 PM
PULANGKAN replied at 9-6-2023 01:51 PM
iyaa sis, macam kat kampung kami jugak la ni
masing2 ada tanah, ada dusun. bila musim, kalau jual  ...


Gitu la kan.
Aku kalau gi umah makcik time musim buah2 ni, petang2 selalu ronda2 kampung..jiran2 makcik dok pelawa amik buah rambutan
'Ni anak sedara As ke., amik le kalau nak makan rambutan'. gitu dialog acik2 kampung punya la ramah kan
aku garu kepala sih..aiyoo bukan sombong or jual mahal acik tpi rumah makcik sendiri pun pokok rambutan  ada 3 4 pokok rambutan kuning n merah tak termakan.
Bangun pagi petik je rambutan manggis bergayutz gitu buat sarapan.
Lagi la pakcik ada jaga kebun cina., mmg mewah dgn durian le berlonggok2 je depan rumah.
Nak sembang 5jam dpt rm50k mmg menipu sangat aih.
Quote cupu 9-6-2023 11:25 PM
Tmpt aku kelantan ni mcm mahal je lg.kaw aku durian kg pun rm10 sekilo. Tu pasal aku sakit hati blm beli. Mgu lps gi kl lalu bentong nmpak murah2..nyesal tal beli dkt situ
Quote zuriey 10-6-2023 03:53 PM
Tokey ez durian gelak berguling2 je la dgr dia
punya gebang
Quote orkid_amani 10-6-2023 08:17 PM
PULANGKAN replied at 9-6-2023 06:21 PM
durian harga dah runtuh kan sekarang ni. harga lantai
nak kata tak laku, orang beli jugak. tapi kena ...

Haah yuu..murah dah skg ni..musim panas2 ni xramai yg nk makan durian..balik pulau pun dah juai harga sebijik RM4..direct kebun..kalau yg kilo pun RM6-7/kg dah..durian kawin RM15-18/kg..juai longgok/bakul pun dah banyak skg ni. rM40-RM50
Quote nordin84 10-6-2023 10:18 PM
Madel replied at 9-6-2023 09:18 PM
5 jam rm50k menipu sgt eh
Buah durian tengah musim, lgi jatuh harga berlambak2 org jual tepi jalan. ...

makcik chuols segamat belah mana?iols pegi segamat xde pun doyannye
Quote sharlenetexas 10-6-2023 10:19 PM
Ladang halal ke ladang haram?




Quote acikhan 10-6-2023 11:39 PM
best nyer Ade pokok duyan...last makan duyan taun lepas pokok buah musang king abah haku kat kg, tanam da hampir 12 tahun mcm2 petua da buat...tup2 rezeki berbuah dlm 45 bijik duyan fuh mmg padu makan pokok sendiri selepas bertahun2 tanam...n biji nyer abah haku semai dlm 50 biji da kuar tunas... aritu balik kg minta kat abah haku 10 biji tunas duyan nk tanam kat umah sendiri nanti...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.111285 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top