CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tikam Isteri Orang Sampai 18 Kali Angkara Cemburu, Cuba Bunuh Diri Tapi Baring Kat Landasan Salah

9-6-2023 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1313| Komen: 14

Seorang lelaki warga asing cuba membunuh diri sendiri dengan berbaring di landasan kereta api berhampiran Salak Selatan selepas membunuh kekasihnya.

Bagaimanapun dia terbaring di landasan yang salah sebelum dia ditangkap oleh polis bantuan.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu sekitar 4.50 petang pada 3 Jun selepas lelaki itu ditangkap di stesen Laluan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) berhampiran Salak Selatan.

Gambar Hiasan 

“Suspek kemudian diserahkan kepada polis Cheras. Ketika disoal siasat dia mengaku membunuh kekasihnya di sebuah kondominium di Kelana Jaya," katanya seperti dipetik di mStar.

Tambahnya, suspek kemudian membawa polis ke unit kondominium di mana polis menemui enam lelaki dan seorang wanita.

“Dalam sebuah bilik, polis menemui teman wanitanya, juga warga asing, terbaring tidak bergerak dan berlumuran darah. Kami turut menemui sebilah pisau berhampiran tempat kejadian.


“Berdasarkan siasatan kami, suspek dan mangsa telah memasuki Malaysia menggunakan pas pelawat tiga bulan lalu,” katanya sambil menambah siasatan mendapati wanita itu sudah berkahwin dan mempunyai anak di tanah airnya.

Katanya, suspek dipercayai menikam wanita itu sekurang-kurangnya 18 kali dan mengelar lehernya.

“Siasatan lanjut mendapati motifnya adalah cemburu. Suspek percaya kekasihnya curang dan menyerangnya,” katanya sambil menambah polis telah menahan reman tujuh lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan. -CARI

Sumber: The Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 9-6-2023 04:29 PM
bini org juga kau minat..
Quote MsPercy 10-6-2023 02:56 AM
Org asing buat onar di sini
Quote MsPercy 10-6-2023 02:56 AM
Dari negara mane dorang berdua ni
Quote batmana 10-6-2023 07:26 AM
tk paham
bunuh sbb curang?
abis dh terang2 si mati curang dgn somi dia
pstu ko kata dia curang dgn ko plak?

keje gile
Quote zehra2 10-6-2023 07:34 AM
pati mmg bersesak2 tinggal ramai2
Quote antikorok 10-6-2023 03:07 PM
Mohon berambus dari tanah ibu pertiwi ni
Quote xy_daen 10-6-2023 03:51 PM
Awang Itam kot? Kalau Indonesian jarang duduk kondo ramai2
Quote intan244 10-6-2023 05:38 PM
nilah pengakhiran kalau dah kawen tapi ada skandal merata. not sorry girl. mcm mana la rupa malaikat maut dtg ambik nyawa dia tu.
Quote Firenzza 10-6-2023 06:57 PM
Betina tu dh kawin pastu psg skendel siap sanggup terbang kt msia.......end up kena kelar sbb curang.....soalnya dia curang dgn siapa?
Quote supernaturalee 10-6-2023 07:32 PM
"menikam wanita itu sekurang-kurangnya 18 kali dan mengelar lehernya"


Ganasnya
Mcm kes misi tu jgkkn
Set2 black ⚫ nu ape
Quote Decaffeinated 10-6-2023 08:24 PM
Kalau dia di landasan yang salah kenapa tak bimbing dia ke landasan yang betul?
Quote green~tea 10-6-2023 08:28 PM
Mati dan bergelumang
Quote jfq 10-6-2023 08:31 PM
Mana tau landasan salah. Ada 3 rail line kat salak selatan tu.
ERL, ktm and lrt. Smua pun train lalu. Mana2 pun boleh kena lanyak
Quote hokeypokey 10-6-2023 08:41 PM
ni ler org kata takut ngan bayang2 sendiri,
dia tahu pompuan tu bleh curang kt suami, tak mustahil bleh curang kt dia jugakkk, tak curang pun tetap dia cemburu sampai bleh fikir bukan2

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.172166 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top