CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Madammu Selamat Bersalin Secara Pembedahan, Rahsiakan Jantina Anak

9-6-2023 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1419| Komen: 1

Eriyca Baiduri selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur kira-kira pukul 8 pagi, Jumaat.

Eriyca, atau Madammu mengakui teruja dan bersyukur proses pembedahan bagi melahirkan bayi itu berjalan lancar.


Foto: IG

"Alhamdulillah sangat sangat teruja selepas selamat melahirkan bayi ini.

"Proses kelahiran berjalan lancar dan hanya mengambil masa selama 40 minit di bilik pembedahan," katanya kepada mStar.



Madammu bagaimanapun enggan mendedahkan jantina bayi dan menunggu masa sesuai untuk memaklumkan kepada umum.

Dalam pada itu, usahawan tersebut juga memberitahu dia melahirkan bayi itu dua minggu lebih awal selepas mendapatkan nasihat doktor.

Dia dan suami iaitu Muhammad Azri Che Noh, 44, tidak menolak cadangan pakar berkenaan, tambahan pula ia jatuh pada hari Jumaat.


"Tarikh melahirkan ini ditentukan oleh doktor saya. Dua minggu awal dari due date sebab saya melahirkan secara pembedahan.

"Saya dan suami bersetuju sahaja sebab hari Jumaat pun hari yang baik," ujarnya.

Pada 23 Mei lalu, Madammu dikejarkan ke hospital gara-gara mengalami tekanan darah tinggi secara tiba-tiba.

Gara-gara tidak mendapat rehat yang cukup membuatkan tekanan darah tingginya naik mendadak.

Madammu sekali lagi dimasukkan ke hospital selepas mengalami kebocoran air ketuban pada 2 Jun lalu.

Malah, dia tidak menolak kemungkinan terpaksa melahirkan bayi itu seminggu lebih awal daripada jangkaan sebenar.

Untuk rekod, Madammu mendirikan rumah tangga dengan Azri pada 2015 yang juga seorang duda beranak tiga iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sweetgirl 9-6-2023 03:58 PM
alaaa kene rahsia la.. dia kan ade program ngan astro tu.. kompom la nak umum xclusive dalam program tu haiyoooo

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.027318 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top