CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecoh Bila Ibu Bapa Sekarang Dah Tak Nak Letak Bin Dan Binti Di Surat Beranak Anak, Alasannya Lebih Memudahkan Urusan

9-6-2023 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6563| Komen: 162

Segelintir ibu bapa zaman sekarang memilih untuk tidak lagi meletakkan bin atau binti dalam surat beranak anak mereka.

Baru-baru ini tular di laman Twitter, seorang pengguna telah berkongsi surat beranak anaknya yang tidak mempunyai bin atau binti.


Wanita tersebut yang difahamkan berkahwin dengan warga asing turut memaklumkan proses untuk mendaftar nama anaknya tanpa bin atau binti lebih mudah berbanding proses pendaftaran anak pertamanya 5 tahun lalu.

Foto: Twitter

Di ruangan komen, netizen berdebat tentang keperluan bin atau binti di dalam surat beranak dan kad pengenalan anak.

Ada segelintir pihak yang bersetuju dengan wanita berkenaan kerana perkataan bin atau binti sebenarnya tidak diwajibkan.

Malah mereka turut menyokong sekiranya perkataan bin atau binti tidak diletakkan ianya lebih memudahkan urusan seperti ketika berada di luar negara.



Malah ada juga yang mempertikaikan wanita terbabit meletakkan keturunan anak sebagai Melayu. Adakah kerana mahu mendapat privilege di Malaysia?

Sementara itu berbeza pula dengan segelintir netizen yang menganggap perkataan bin atau binti perlu diletakkan bagi mengetahui sama ada individu tersebut adalah beragama Islam. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 9-6-2023 03:53 PM
Edited by Samerosie at 9-6-2023 03:55 PM

Anak iols tahun ni 9 tahun, pun tak de bin kat surat beranak..tak tau pula kena bagitau dan dipertontonkan birth cert kepada public macam ni ...

Keturunan tu dulu jpn staff tu explained kalau mak melayu bapa lain2 bangsa (cina ka india ka) pun still akan letak keturunan melayu, which is true lah sebab officemate i india kawin melayu, anak2 semua "keturunan" melayu walaupun rupa anak2 karipuley (which btw anak sulung lady ni muka jawa tak de muka mix langsung rambut lagi hitam dr rambut maknya...ahhh sentap lah forumers iols cakap ni).  Edit:  anak sulung bukan anak dgn mat salleh ni rupanya.

Then, iols ada kawan keturunan syed Yemen ni, dia pun tak nak letak bin kat anak2 tapi tak lepas...tapi anak2 dia lagi 5-10 tahun tua dr anak i lah..

anyway, islam bukan atas nama hokey..bodoh netizen.

Quote Skuau 9-6-2023 04:05 PM
saiya bapak...bangla.
saiya emak...indon.
saiya....MELAYU.
Quote hyie 9-6-2023 04:16 PM
meols dah beberapa kali jugakla jumpa yang takda bubuh bin binti ni. Yang nama dia seketul je pon ada, bila tanya kenapa terus taknak cerita choii sangat
Quote Samerosie 9-6-2023 04:17 PM
hyie replied at 9-6-2023 04:16 PM
meols dah beberapa kali jugakla jumpa yang takda bubuh bin binti ni. Yang nama dia seketul je pon ad ...

Kan..tak tau kenapa minah ni oh ya la lupa kawin mat salleh nak tunjuk la kut kan.  
Quote cmf_almondpecan 9-6-2023 04:22 PM
Samerosie replied at 9-6-2023 03:53 PM
Anak iols tahun ni 9 tahun, pun tak de bin kat surat beranak..tak tau pula kena bagitau dan diperton ...

Tak juga. Ada beberapa sedara dan kawan2 yang letak keturunan Cina atau India especially bila bapak tu Cina/India dan mak Melayu dan kedua2nya Islam. Kalau nak pilih pun boleh macam anak2 Hannah Yeoh katanya ada yang letak sebagai Cina walaupun dia memilih pada mulanya untuk letak bangsa Malaysia tapi tak dibenarkan. Tapi kes Hannah tu tak melibatkan Melayu atau Islam.

Quote Samerosie 9-6-2023 04:26 PM
cmf_almondpecan replied at 9-6-2023 04:22 PM
Tak juga. Ada beberapa sedara dan kawan2 yang letak keturunan Cina atau India especially bila bapa ...

Only to mixed 'muslim' couples.  I minta letak lain2 (others) tapi x boleh and you 'know' the reason why.
Quote bynroslan 9-6-2023 04:44 PM
Anak first dia bukan dengan husband kokesen dia sekarang, so macam pelik pulak kenapa dia nak drop bin/binti dari anak pertama tu.

yg lagi hairan, kenapa bapak kokesen tapi keturunan melayu? sebab kawan meols, pak mertua cina-mak mertua melayu, so husband dia keturunan cina walaupun both parents muslim dan warganegara. anak depa pulak, tetap JPN letak keturunan cina walaupun husband dia dah kira half cina. ada confuse sikit kat situ. ke sebab keturunan kokesen takde dalam borang JPN maka ikut keturunan mak?
Quote iolss 9-6-2023 04:48 PM
bukan bin n binti tu penunjuk anak sah taraf dgn bkn ka
ke acik silap....klau nk kaitkan dgn beli tiket kapal terebang, xde mkna ae.org lain helok je serata dunia pii nm ada bin binti. choii
Quote fahdramli 9-6-2023 04:49 PM
Mungkin dah kuat kuasa , anak yang berbapakan non citizen boleh berwarganegara malaysia sekramg ni, so letak keturunan ibu...mungkin la kan
Quote Prickford 9-6-2023 04:50 PM
Lain2 tekak kan. Kalau iolls, takde isu pon dgn Bin atau Binti. Oversea pon esp negara2 barat, kata maju, tapi still peghak bab2 nama manusia yg berbilang negara. Choiii sangat.
Quote Prickford 9-6-2023 04:56 PM
bynroslan replied at 9-6-2023 08:44 AM
Anak first dia bukan dengan husband kokesen dia sekarang, so macam pelik pulak kenapa dia nak drop b ...

Baru stalk IG sheolls. Anak 1st laki lain, pon dah gelabah tetek nak buang Binti macam tiap2 bulan plak ke oversea ada problem dgn abroad imigresen. Anak 2nd laki lain, kokesen. Laki 2nd ni asalkan berlaki kekdahnya walaupon dah mcm atok yg baruuu je pencen gomen umur 55 gendong cucu.

asalkan berlaki omputeh.jpg

Quote otai_g 9-6-2023 04:58 PM
Tade bin or binti. Ok fine. Pemahanan kita kalo tade nama ayah tu maknanya tut. Usah dipersoal hal2 yg mengaibkan ni.
Quote Samerosie 9-6-2023 05:01 PM
Prickford replied at 9-6-2023 04:56 PM
Baru stalk IG sheolls. Anak 1st laki lain, pon dah gelabah tetek nak buang Binti macam tiap2 bulan ...

LKi dia ni pun sebelum ni kawin asian kut muka anak lelaki dia muka mcm chinese sikit.
Quote Purplehaz 9-6-2023 05:18 PM
  Sekarang boleh pilih...
1. kawin mix, anak nak letak bangsa apa..kaunter peg. Jpn tanya kita. Selalunya akan pilih  bumiputra, melayu.

2. Nama Anak xnak letak sekali bin, binti pun boleh, umur 12 thn boleh tukar kalau nak letak bin, binti.

Quote rikiruj 9-6-2023 05:25 PM
Aku rasa nak kena streamlinelah penggunaan bin & binti ni.. aku bila tulis nama kadang2 letak, kadang tak letak.. bukanlah sebab stylo ke tak stylo ke tapi saja je tak letak malas tulis panjang. Yang jadi masaalah bila pergi luar negara… last name jadi bin / binti bla bla.. instead of nama ayah shj.  Orang bila panggil.. Mr / Mrs Bin / Binti bla bla..
Quote nolya 9-6-2023 05:37 PM
Sbg rakyat M'sia, kerajaan telah menetapkan SOP nama anak, anak muslim ada bin/binti.  Anak India, ada al atau ap kpd nama ayahnya.  Anak cina mungkin ikut marga bapanya.
Kenapa banyak sagat songeh pulak ni.
Anak berbin/berbinti Abdul Rahman kerana ayahnya nama Abd Rahman.
Anak Abdul Rahman, nama ayah dipetik drp salah satu nama Allah swt. Sebabnya is well understood.
Quote FOTHER-MUCKER 9-6-2023 06:43 PM
Yang complain tu bodoh!
Quote FOTHER-MUCKER 9-6-2023 06:45 PM
Di Malaysia memang tiada undang undang orang Islam mesti menggunakan bin / binti untuk anak mereka.

Quote Miss_Ceri 9-6-2023 07:08 PM

Letak nama bin atau binti ni memang wajib ke dalam islam atau asal dari arab shj sebenarnya ya? Kalau xletak pun masih islam?

To be honest, betul ada bin/binti rumitkan urusan lagi² kt di luar negara. kejap nama bapak dulu, kejap bin/binti dulu. dalam passport lain, dlm visa lain, nk bukak akaun bank lagi la pening. Bagusla ada pilihan.  Ortodoks jugak me, baru tahu ada pilihan, nak letak atau xnak letak bin/binti dlm surat beranak ek. kalau tau dulu, bolehlah opt xyah letak bin/binti dlm surat beranak anak. daa...

Lihat semua komen(162)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.251453 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top