CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abang Baju Merah Dipenjara 7 Hari

9-6-2023 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1054| Komen: 8


Lelaki yang mengasari pemandu wanita di Lata Iskandar, Isnin lalu atau lebih dikenali sebagai ‘abang baju merah’ dijatuhkan hukuman penjar tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Tapah.


Tertuduh, Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan dan mengugut seorang pemandu wanita dalam insiden yang tular di media sosial itu.



Harian Metro/BH


Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati menakutkan secara jenayah terhadap Amiera Atiqah Shahrizan, 24, di Lata Iskandar Kilometer 22 Jalan Tapah-Cameron Highland pada 5 Jun lalu, 5.33 petang dengan kata ugutan 'pecah muka kau sat lagi'.


Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


Bagi pertuduhan kedua, Mohammad Zaim Faiz didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa di lokasi dan masa yang sama atas kesalahan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.


Tertuduh dijatuhi hukuman penjara tujuh hari bagi kedua-dua pertuduhan itu, mahkamah bagaimanapun menetap hukuman itu dijalankan serentak.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya J Geetha, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Tertuduh memohon hukuman paling ringan memandangkan dia perlu menanggung isteri yang hamil lapan bulan dan anak berusia empat tahun dengan pendapatan bulanan RM4,000.


Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh disabitkan kedua-dua kesalahan.



Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 9-6-2023 03:37 PM
padan muka hang..

Tertuduh memohon hukuman paling ringan memandangkan dia perlu menanggung isteri yang hamil lapan bulan dan anak berusia empat tahun dengan pendapatan bulanan RM4,000.


masa hang lempang orang, tunjal orang, tak fikir pulak anak bini...  bodoh!
Quote copy_paste 9-6-2023 03:44 PM
asalnya salah ppuan tu,yg kena penjara lelaki tu kah kah kah,
tu la nk tegur org berpada2 la,jgn sampai langgar undang2,
ppuan tu plak cmne,kena saman ke tak?
Quote mizruncing 9-6-2023 03:57 PM
ade baca dia ni jugak lempang pekerja steamboat kt CH. kalau btol kenapa x buat laporan polis?? ada saksi kann. bab ni mentang2 dia tunjal kepala pmpn tu. aku x sokong mana2 tp aku rasa pmpn tu mmg salah jugak. kau jgn nak aman2 je ye pompuan lepas buat org masuk lokap
Quote adizero11 9-6-2023 04:32 PM
Lain kali tegur org biar berhemah..jgn gangster sgt..kan dh mndapat bang...
Quote Purplehaz 9-6-2023 05:05 PM
Laaa 7 hari penjara ...

X kne byr apa apa ker kat pompuan tu ker..
kalau pelempang tumbuk ada kesan bengkak or cedera.. yela ni tunjal tunjal x de kesan kann.
Quote TOPwind 9-6-2023 05:28 PM
yg asal india dan China siap maki pulis

lepas dan no kes,mcm tu je
Quote Kentot_Wangi 9-6-2023 07:43 PM
TOPwind: yg asal india dan China siap m ...
Mereka ade kad o.k.u.. Kompem lepas maaaa
Quote opie5662 9-6-2023 08:06 PM
copy_paste: asalnya salah ppuan tu,yg kena ...


Mmg yg salah pompuan tu... Yg die pon nk maki, maki je la... Bile dah naik tangan tu dah lain cerita.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.038659 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top