CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teman Wanita Dipukul, Dicekik Dan Digigit- Puncanya Pemain Bola Sepak Nak Bertunang

9-6-2023 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1740| Komen: 11

Kuala Lumpur: Pemain bola sepak rupa-rupanya ingin bertunang dalam tempoh terdekat, menjadi punca pergaduhan hingga menyebabkan individu terbabit bertindak mencederakan kekasihnya kelmarin.

Menurut sumber, difahamkan kekasih pemain bola sepak terbabit yang juga seorang doktor menemui lelaki berkenaan di sebuah hotel sebaik mengetahui perkara itu sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Katanya, wanita terbabit cuba memujuk pemain bola sepak itu namun lelaki itu bertindak kasar dengan dengan memukul, mencekik, menggigit lengan sebelum mencampaknya ke lantai.


Gambar Hiasan

"Selepas mengetahui pemain bola sepak itu sebenarnya mahu bertunang, wanita berkenaan nekad mahu berjumpa untuk berbincang kerana sebelum ini lelaki itu tidak pernah memberitahu bahawa dia mahu bertunang.

"Pemain bola sepak berkenaan mengenali wanita itu kita berpindah ke pasukan baharu dan sudah menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lalu," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.


Terdahulu, Arena Metro melaporkan seorang bekas pemain kebangsaan dipercayai membelasah kekasihnya sehingga cedera selepas berlaku pergaduhan antara mereka baru-baru ini.

Pemain terbabit yang masih aktif beraksi bersama sebuah pasukan terkemuka itu dikatakan sering melakukan perbuatan terbabit sehingga menyebabkan kekasihnya yang juga seorang doktor bertindak mendedahkan perkara itu kepada umum.

Perbuatan terbabit menyebabkan wanita berkenaan mengalami lebam di tangan dan beberapa kesan calar sebelum mendapatkan rawatan susulan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

Berikutan itu, pemain bola sepak berusia 31 tahun disyaki menyebabkan kecederaan kepada teman wanitanya dalam kejadian di sebuah hotel di sini, ditahan, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan jam 6 petang semalam sebelum mengambil tindakan susulan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 9-6-2023 03:22 PM
laki tu nama Rizal Ghazali eh
Quote KamikuP 9-6-2023 03:37 PM
Dia ada gf dan pada masa yg sama nak bertunang ngan org lain kan? betoi tak?
Quote Orix 9-6-2023 03:47 PM
yg menulis ni pun alahai... cakap la nak bertunang dengan wanita lain ke atau dia nak cecepat masuk merisik perempuan tu ????????
Quote antikorok 9-6-2023 03:54 PM
Apooo nasib tak jadik mcm kes bako2 tuhhh mcm lebey kureng jahh cinta triangle ni khennn
Quote mizruncing 9-6-2023 03:54 PM
kira yang serang di skandal la ekk.. sbb tau bf dia nak bertunang ngan org lain. bakal tunang dia sape? sampai sanggup tinggal skandal yg keje Doktor
Quote ifanonline 9-6-2023 03:59 PM
beliau suka sex ganas
Quote mamaazim 9-6-2023 04:15 PM
wartawan pun cubalah tulis yg betul. dia nak bertunang ngan siapa. yg kene pukul ke. atau dia ada pompuan lain. dia nak bertunang tp doktor tak ready ke tu yg bertumbuk bagai or dia nak tunang org lain so doktor dok sibuk tanya udah kene penumbuk si doktor itu
Quote Samerosie 9-6-2023 04:30 PM
mamaazim replied at 9-6-2023 04:15 PM
wartawan pun cubalah tulis yg betul. dia nak bertunang ngan siapa. yg kene pukul ke. atau dia ada po ...

Doktor ni scandal dia baru kanl beberapa bulan.  Yg tunang tu perempuan lain.  

Kalau aku lah dapat tahu terus je la blah naper nak pergi cari and confront lagi.  Kalau betul nak hang kenapa bertunang dgn org lain.  Dan kalau aku tunang dia tu dah tau dia ada scandal, pun aku blah.
Quote pokokmeranti 9-6-2023 04:36 PM
so alkisahnya selepas kes polis dan masuk berita adakah bakal tunangnya akan meneruskan majlis pertunagan atau pergi meninggalkan Jaiii
Quote Sazreena 9-6-2023 05:35 PM
Ni ceta 2 dalam satu ke apa...takde flow..
Quote shy79 9-6-2023 06:37 PM
bape byk benang daa

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.043938 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top