CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Eizlan Yusof Bakal Sertai PAS Lepas Kalah PRU15?

9-6-2023 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 283| Komen: 0


Datuk Seri Eizlan Yusof yang kalah bertanding di kerusi Parlimen Sabak Bernam mewakili Parti Pejuang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu dikhabarkan bakal menyertai Perikatan Nasional (PN) bawah tiket Parti Islam Se-Malaysia (PAS).


Ia menjadi bualan ramai selepas tular foto memaparkan dirinya bersama beberapa figura politik daripada PN termasuklah Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa.



Eizlan hanya menjalankan tanggung jawab kerana diberi kepercayaan oleh Tan Sri Annuar.


Mengulas mengenai perkara itu,Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 51, meminta semua pihak menunggu sebarang pengumuman yang akan dibuat olehnya kelak.


"Saya tak nak komen apa-apa mengenai perkara itu (sertai PAS). Tunggu saja pengumuman berkaitan sekiranya perkara itu benar-benar berlaku.


"Buat masa ini saya hanya menjalankan tanggungjawab kerana diberi kepercayaan oleh Tan Sri Annuar untuk bersama MN yang berperanan sebagai platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melaksanakan program dan aktiviti ke arah kemuafakatan, perpaduan dan tanpa bersifat perkauman," katanya dalam satu kenyataan kepada media.


Lebih menguatkan spekulasi apabila Eizlan turut menerima kad keahlian Kelab Motosikal Alternative Rising Club (ARC) yang juga merupakan kelab yang ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).


Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Eizlan yang merupakan Ketua Penerangan Muafakat Nasional (MN) Negeri Selangor berkata, kerja amal sudah sebati dengan dirinya selain ingin melihat sistem politik yang lebih baik.


"Jiwa NGO yang ada dalam diri dan saya benar-benar serius untuk mempromosikan perpaduan ummah selain menjunjung keutuhan sistem politik negara yang lebih baik," ujarnya.



Eizlan sebati dengan jiwa NGO.


Untuk info MN mula membuka keahlian kepada orang ramai sejak 10 Disember tahun lalu dan keahliannya telah mencecah lebih 100,000 orang.


Dalam PRU15, Eizlan hilang wang deposit sebanyak RM10,000 selepas hanya menerima 460 undian dalam pertemuan empat penjuru.


Kerusi parlimen itu dimenangi oleh Kalam Salam daripada Perikatan Nasional dengan majoriti sebanyak 5,056 undi.



Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.038553 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top