CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buaya ‘Dara’ Buat Anak Tanpa Pasangan

9-6-2023 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 811| Komen: 6

Seekor buaya betina muda sepanjang 6.09 meter yang diasingkan selama 16 tahun berjaya menghasilkan telur tanpa pasangan mengawan yang disenyawakan di sebuah zoo di Costa Rica.


Malah, para saintis percaya spesies dinosaur juga mungkin dapat melakukan perkara yang sama.  





Lapor Daily Mail, penjaga zoo menemukan reptilia berusia 18 tahun itu mengeram 14 biji telur di kandangnya walaupun tidak pernah bersama buaya jantan dalam tempoh lebih sedekad.


Situasi itu bukan sesuatu luar biasa bagi buaya yang hidup kesepian menghasilkan telur tidak disenyawakan.


Namun, para penyelidik terkejut selepas mendapati tujuh daripada kesemua telur dijumpai itu sebenarnya sudah disenyawakan.


Walaupun telur reptilia terbabit tidak menetas selepas tiga bulan pengeraman, hanya sebiji didapati mengandungi janin betina terbentuk sepenuhnya yang secara genetik hampir sama dengan ibu buaya.


Sementara itu, profesor madya di Virginia Tech yang mengetuai kajian, Warren Booth berkata, penemuan itu berupaya menawarkan pemahaman jelas mengenai potensi keupayaan pembiakan kumpulan spesies archosaurs yang pupus termasuk dinosaur.           


Dengan bukti bahawa buaya dan burung boleh menghasilkan telur tanpa pasangan mengawan, Booth memaklumkan kebolehan itu merupakan `sifat semula jadi’ yang mungkin dimiliki kumpulan spesies haiwan tersebut.     


Para saintis juga percaya buaya betina itu melakukan proses senyawa telurnya sendiri sekali gus bermakna anak reptilia itu mengandungi dua asid deoksiribonukleik (DNA) ibunya.


Kajian itu disiarkan dalam Royal Society’s Biology Letters. 



Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 9-6-2023 02:59 PM
Kehkehkeh btl2 confirm xde buaya 'darat' menyelinap msk senyap2 tgh mlm buta??
Quote lavendernovella 9-6-2023 06:36 PM
Mcm dalam Jurassic park. Bukan buaya jer , ular pun sama.

Kalau nak tau ada buaya jantan masuk campur ke tak, kena tgk jantina semua anak tu. Kalau ada jantan, maka ada lah bapaknya.

Kalau takder bapak, maka semua anak adalah betina.
Quote intan244 10-6-2023 11:14 AM
ayam pon kan. cuma telur tu xkan menetas lah.
Quote shernazz 10-6-2023 05:06 PM
Baru habis spm ni boya ni
Quote tumpanglalu74 10-6-2023 06:22 PM
Waah..  Ini macam esok2 ade le bohsia pulak bunten tanpa disenyawekan mat rempit.
Quote Decaffeinated 11-6-2023 12:00 AM
Manusia pun pernah.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.198385 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top