CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

61 Pejalan Kaki Degil Tak Guna Jejantas Dikompaun

9-6-2023 02:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 192| Komen: 0

Mana-mana individu yang tidak menggunakan jejantas sedia ada ketika melintas jalan utama boleh dikompaun di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Menerusi Operasi Tindakan Khas Jejantas sekitar Jalan Tun Tan Cheng Lock pada Khamis, seramai 61 individu telah di kompaun Pasukan Warden Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).



Operasi Tindakan Khas Jejantas sekitar Jalan Tun Tan Cheng Lock pada Khamis.



DBKL berkata, tindakan tidak mematuhi peraturan lalu lintas itu boleh mengundang risiko kemalangan dan kecederaan fizikal hingga menyebabkan kematian.


"Menerusi tindakan penguatkuasaan operasi jejantas kali ini, sejumlah 61 orang individu terdiri daripada warganegara tempatan dan asing telah ditahan dan dikenakan notis kompaun serta-merta.


"Tindakan penguatkuasaan dibuat melalui peruntukan undang-undang dibawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Khamis.

Katanya, DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.


Ujarnya, sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan http://adukl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do.



Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.044003 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top