CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Memang Sedap Gaji Hampir RM2,000 Seminggu! Kini Rider Menderita Slip Disc Sebab 12 Jam Hari-Hari Atas Motor

9-6-2023 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3220| Komen: 57

Perkongsian tentang gaji lumayan golongan rider penghantar makanan meraih perhatian ramai di media sosial.

Menerusi satu tangkap layar tular, seorang rider mengumpul RM1,860 selepas dia bekerja selama seminggu, bermula 8 sehingga 14 Mei.


Namun di sebalik perkongsian gaji lumayan itu, seorang wanita tampil membuat pendedahan tentang suaminya yang sudah hampir tiga tahun bekerja sebagai rider.


Foto: mStar

Katanya kesungguhan suaminya bekerja tanpa henti menyebabkan dia sakit, sekali gus menjejaskan kelangsungan hidup mereka keluarga.

"Suami saya rider dah nak masuk tiga tahun. Gaji dia mingguan lebih kurang bayaran macam ni. Mantain batch satu setiap minggu.

"Minggu-minggu tak mahu cuti sebab nak mantain punya fasal. Sekarang tiga bulan dah terlantar di rumah sebab slip disc. Ekonomi keluarga jangan cakaplah, memang drop habis," dedahnya di Twitter.


Wanita itu bercerita lanjut tentang penderitaan yang dilalui suaminya selepas disahkan menghidap masalah slip disc baru-baru ini.

Lebih teruk, mereka juga terpaksa berbelanja ribuan ringgit untuk mencuba pelbagai rawatan demi mencari kesembuhan buat suaminya.



"Last on aplikasi bulan Februari 2023. Mula ingat sakit biasa. Pergi pemeriksaan hospital tak pernah masuk wad. Tiga kali pergi hospital yang sama, cakap kejang otot.

"Asal jalan separuh nak mati, last hospital baru la dia terangkan cakap slip disc apa bagai ni. Memang tak pernah jangka slip disc. Punyalah lama ambil masa.

"Kami mengurut sana-sini. Balik kampung urut itu ini. Tu belum tengok mengurut saraf dekat tempat yang agak famous, harga T20 sampai RM1,000 lebih. Tak jadi apa juga," ceritanya.

Tambah wanita itu, usaha suaminya menuntut bayaran rawatan daripada ejen insurans juga gagal atas sebab-sebab tertentu.

Dalam perkembangan terbaharu, suaminya kini mengikuti rawatan susulan untuk fisioterapi di hospital dan masih berdepan masalah seperti kesukaran untuk bergerak kerana kediaman yang terletak di tingkat tiga.

"Teruk jadi rider pejuang batch satu. 11 hingga 12 jam hari-hari atas motor. Hujan panas tak pernah rehat. Tengok gaji minggu-minggu memang tak dinafikan memang sangat-sangat sedap.

"Nak bangun sakit, nak duduk sakit, nak jalan sakit, nak berdiri lama pun sakit. Nak jalan lama lagi la sakit. Yang teruknya kami duduk tingkat tiga. Kalau nak turun ambil masa sangat lama.

"Turun berapa tangga, berhenti. Turun sikit berhenti. Sebab sakit, pernah banyak kali kami dah bersiap nak keluar, sampai hujung flat dah sakit, kami masuk rumah, tidur," ceritanya lagi.

Dia turut menitipkan ucapan terima kasih kepada sesiapa yang mendoakan suaminya.

"Saya memang tak pernah publish sakit suami di mana-mana, TikTok, Instagram ke memang tak pernah langsung, hanya orang terdekat yang tahu.

"Yang mendoakan suami saya terima kasih sangat-sangat, semoga doa yang baik berbalik kepada anda juga," tulisnya lagi.

Untuk rekod, sistem pemarkahan diwujudkan untuk memastikan rider yang berprestasi tinggi diiktiraf secara adil.

Sistem pemarkahan adalah penting untuk penunggang Foodpanda kerana prestasi kerja anda mereka menentukan batch dan proses pemilihan jadual kerja anda. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 9-6-2023 02:36 PM
Perlu ke kita ketawe?  Dia orang susah..  Udah la tak boley keje dah.
Quote JunkMail 9-6-2023 02:38 PM
Slip disc ni tak tentu .. kawan aku keje opis dok dalam aircond hari hari pun kena. Sorang lagi jadi surirumah pun kena... So... Sendiri mau ingat lah kan
Quote akies 9-6-2023 03:26 PM
Pegila bawa suami berurut dgn brader ni kt langkawi. Acc tiktok GM noordin.
Mana tau boleh sembuh
Quote green~tea 9-6-2023 03:29 PM
Pernah jatuh ke...
Quote antikorok 9-6-2023 03:32 PM
Semoga dipermudahkan urusan beliau sekeluarga. Insha Allah
Quote antikorok 9-6-2023 03:33 PM
Semoga dipermudahkan urusan abg ni sekeluarga. Insha Allah
Quote Orix 9-6-2023 03:39 PM
apa kena mengena jd rider dgan slip disc ? slip disc ni bukan kalo angkat brg berat or terjatuh ke ??
Quote rospinki 9-6-2023 03:50 PM
slip disc jgn diusik sgt
rehat cukup yg lama amik susu utk kalsium menguatkan tulang atau urat saraf
lama2 akan sembuh sdri tapi lepas tu tak boleh dah keje teruk2
dulu aku pernah terjun dari tempat tinggi masa tu kt pantai time maghrib mcm ada suara bisik2 "terjunlah kt pasir lembut tu tak sakit" tak sempat toleh aku dh berdebuk jatuh sakitnya pinggang berminggu2 tak pegi check pun. skrg ok dah..tak taula kot ada slip disc.
Quote tri-max 9-6-2023 04:14 PM
kawan aku slip disc kat tempat kerja
pasal salah step angkat barang berat kt tmpt kerja
duduk pulak rumah tgkt 4
mmg menangis setiap kali nak gi spital
semoga tabah la para pejuang rezeki
Quote capiloton 9-6-2023 05:54 PM
duduk atas moto asik terentak,
memang kena la slip disc

duduk lama2 kat opis pun boleh sakit pinggang,
bila pinggang dah tak kuat, mudah la kena slip disc
Quote gigahertz 9-6-2023 05:57 PM
Orix: apa kena mengena jd rider dgan slip disc ? slip disc ni bukan kalo angkat brg berat or terjatuh ke ??

rasanya dia mesti ada tergelincir atau terjatuh sometwhere.
Quote capiloton 9-6-2023 05:57 PM
Edited by capiloton at 9-6-2023 05:59 PM
rospinki replied at 9-6-2023 03:50 PM
slip disc jgn diusik sgt
rehat cukup yg lama amik susu utk kalsium menguatkan tulang atau urat sara ...

kena selalu makan2 protien dan kalsium tinggi
untuk tulang, sendi, saraf, muscle

especially bila mula masuk 40s,
time ni mula la macam2 penyakit datang.

kena makan makanan superfood yang banyak nutrient
contoh macam telur, nuts, beans, seeds, sayur


[tiktok]7239291279106985243[/tiktok]

Quote hyie 9-6-2023 06:04 PM
eh alang2 tu kan nak tanya, kalau bacaan asid urik kita tinggi, nak kena elakkan makan apa ye nyah? ala2 meols tanya Dr tu, sheols suruh meols gugel je waknat tol senang je ye ko buat duit dasar Dr pemalas, orang tanya sebab nakkan sumber yang paling dipercayai. Ni mesti dia tak ingat kan apa yang dia belajar dulu yihhhh
Quote rospinki 9-6-2023 06:21 PM
capiloton replied at 9-6-2023 05:57 PM
kena selalu makan2 protien dan kalsium tinggi
untuk tulang, sendi, saraf, muscle


Ye betul tu iols mmg sedia susu formula nutricare sikit2 jah minum utk top up keperluan badan. Yelah bila dh berusia or berumur hehe dah tua ni kan badan tak sekuat dulu absorb vitamin dan generate utk tulang dan saraf. Lain2 tu mcm penyakit kronik berkaitan dgn pemakanan dan lifestyle kita juga. Ada akak ni mcm tak takut minum air tin makan xjaga padahal umo dh byk kta plak risau. Aku ckp minum air putih byk jgn minum air tin 3 in 1 semua tu. Tapi dah kebiasaan susahla nk elak air putih taknk minum.
Quote PULANGKAN 9-6-2023 06:33 PM
sakit woo.. Iols kena, bertahun jugak ler baru surut hilang

itupun doktor yang suruh pegi berurut

3-4 tukang urut Iols cari. tak baik jugak. sekarang alhamdulillah dah tak sakit. tapi tetap la terasa something wrong kat tulang belakang tu. tak tau nak cakap camane
lagi2 sekarang ni kerja berat. risau jadi lagi je
Quote noell 9-6-2023 06:37 PM
hyie replied at 9-6-2023 06:04 PM
eh alang2 tu kan nak tanya, kalau bacaan asid urik kita tinggi, nak kena elakkan makan apa ye nyah?  ...

kena gout ka sis?? kena elakkan seafood 100% tuh ada blogger pemes backgroung biotech/food tech ada cipta supplement utk turun berat badan tp mujarab jgk utk gout

Quote noell 9-6-2023 06:38 PM
PULANGKAN replied at 9-6-2023 06:33 PM
sakit woo.. Iols kena, bertahun jugak ler baru surut hilang

itupun doktor yang suruh pegi berurut

wait seminit slipdisc bole pi urut ka?? ka chiropractor?

Quote PULANGKAN 9-6-2023 06:47 PM
noell replied at 9-6-2023 06:38 PM
wait seminit slipdisc bole pi urut ka?? ka chiropractor?

tak tau la. semua yang Iols pegi, urut2 gitu ja. tak pulih pun
tapi boleh la sedapkan hati daripada tahan sakit nangis-nangis

bukan chiro, tukang urut kampung ja
Quote noell 9-6-2023 06:57 PM
PULANGKAN replied at 9-6-2023 06:47 PM
tak tau la. semua yang Iols pegi, urut2 gitu ja. tak pulih pun
tapi boleh la sedapkan hati daripad ...

1st time i dengaq doc suruh pi urut utk slipdisc ngilu rasa sis

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.111085 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top