CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafidz Roshdi Disahkan Waras, Layak Meneruskan Perbicaraan

9-6-2023 02:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1625| Komen: 19

Hafidz Roshdi disahkan waras dan layak meneruskan perbicaraan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor berhubung tuduhan mencederakan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa' Zamri semasa sebutan semula kes berkenaan dan laporan psikiatri di hadapan Hakim Mohd. Kafli Che Ali yang bertindak sebagai Majistret.



Foto: mStar

"Pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan (psikiatri) telah diterima dan tertuduh (Hafidz) disahkan waras dan kes boleh dibicarakan," katanya seperti dipetik di mStar.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan tarikh lain bagi serahan dokumen.

Hafidz diwakili oleh Datuk Akberdin Abdul Kadir yang juga merupakan peguam pelakon Puteri Sarah Liyana bagi kes penceraiannya dengan pengarah Syamsul Yusof.

Akberdin turut memaklumkan pihak mahkamah perlu meneliti semua dokumen mengenai segala pertuduhan anak guamnya itu sebelum tindakan selanjutnya.


"Belum bicara lagi, akan ada sebutan baharu nanti... selepas teliti semua keterangan dalam bentuk dokumen yang diserahkan tu maka baru boleh buat keputusan untuk pertimbangkan kembali kes ini untuk tindakan selanjutnya.

"Fokus kita ini adalah untuk pastikan tertuduh sihat menjalani perbicaraan dan sewaktu kejadian (tumbuk isterinya) tu lain," katanya pada pemberita.

Hakim bagaimanapun menetapkan semula sebutan kes bagi kedua-dua pihak pada 17 Julai depan.

Pada 5 Mac lalu, Hafidz ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari ketika hadir di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 9-6-2023 02:30 PM
lol beria ketayap bagai
Quote 3chanceno 9-6-2023 02:46 PM
Sempena hari Jumaat, ootd siap pakai kopiah  Lambat lagik nak tunggu hujahan kenapa dia debik bini dia tu  Kes cerai belum naik lagik
Quote dudaberhias 9-6-2023 03:00 PM
so kira heshe debik bekas bini dalam keadaan waras sampai tinggal peta nismilan dekat wajah bekas bini hese??? yihhh... ko hengat tu si zarina sabut nyoq ke haaaa nak hempuk2 anak orang... lain kali ko cari je la bini serupa si zarina sabut nyoq tu yang reda je kena hempuk dan smackdown dek anak demi konten sambil kacau pulut rendang...

Quote Goodluckdontcry 9-6-2023 03:04 PM
Cantik benda alah ats kepala ko ye dik.. kehkehkeh
Quote TabletSusu 9-6-2023 03:18 PM
Waras.. so sila teruskan perbicaraan. mengaku salah je lah debik muka ex smp luka berjahit berparut. drp ko nak grag sampai bertahun2. nnt dah beranak pinak dgn binik baru, kes ko dgn ex msih x settle. meroyan pulak binik baru ko tu klu tiap2 bulan ko kena pi mahkamah jumpa ex
Quote I.K.A888990 9-6-2023 03:28 PM
scary plak muka mamat ni
Quote dewi_rina 9-6-2023 03:37 PM
I rasa kena check shu tu pulak, nampak dia yg macam tak waras
Quote tenggiripink 9-6-2023 03:41 PM
kt benang dek piz takde pulak ramai bertunggu tangga

wow dek piz guna loyer PS
harap loyer power cepat sikit setel, cepat sikit tamat episod depa ni
Quote prince_marhaen 9-6-2023 03:44 PM
hahahahaha penat je berlakon gila...hujung2 mahkamah putuskan kau propa.... sila la sambung bicara ngan bini kepam mental kau tu ye..semoga sama-sama berdrama lagi..
Quote iolss 9-6-2023 04:44 PM
masyuk btl acik apa nm loyer ni.. azerbaijan? azerdeen.. ahh acik lupo la. maapkan iols
Quote MsKantoiLagi 9-6-2023 04:49 PM
Alhamdulillah. Kewarasan perlu untuk terangkan apa yang telah berlaku. Masa sama Dek Piz stay strong ok. Jaga kesihatan dan makan ubat. Semoga terus kuat.
Quote Hoola 9-6-2023 05:04 PM
sukurla msh waras
selamat berbicara
Quote anilanil 9-6-2023 05:33 PM
Peh ko punya ootd gi mahkamah sejak2 waras ni bertukar ye 180 darjah. Dari kpop look tak menjadi terus ke usrah look. Next trial, ko bole try pakai celak sikit kat mata & special effects kat dahi.
Quote KelisaSilver 9-6-2023 05:51 PM
penat je berlakon tak waras. ishhh. kalau aku jadi penyondol tu.... awal2 aku dah lari. tacoodddd
Quote Manusiabesa 9-6-2023 06:11 PM
anilanil replied at 9-6-2023 05:33 PM
Peh ko punya ootd gi mahkamah sejak2 waras ni bertukar ye 180 darjah. Dari kpop look tak menjadi ter ...

Hihi. Trrus tringt geng tabligh dia, saharul ridzwan. Tp yg tu waras je, jaga wife dgn baik. Yg ni, mmg fake enough. Skjp tema kpop sekejap tema tabligh. X abis2 tnjuk jari 1 ,acah2 yg esa.. xsemenggah nya. Klw dh xsuka shu dri awal, xpatut menikah pun dri awal.
Quote sweetyroses 9-6-2023 06:18 PM
Nk tergelak tengok video dy sampai mahkamah tu. Nampak serba xkena dengan lenggok badan dy. Terlebih serap roh watak ke apa tak tahu.
Quote renko 9-6-2023 06:21 PM
cepat lah habis cite laki bini mental ni
Quote dolladolla 9-6-2023 06:22 PM
Tak cukup waras lagi ni, alang2 tu bawa kayu mimbar plk lps ni...jangan lupa gantung tasbih kat leher..
Quote Shayang 9-6-2023 07:30 PM
Heran aku yg sokong dia debik bini dia tu
Kalau bini dia mental sekalipun lagi la tak patut dia debik bini dia tu.
Apa beza dia ngn abang cameron tu sama je,abang tu tunjal je kepala dah kena masuk dlm 7 hari.
Dia ni tumbuk sampai berdarah2 muka bini dlm keadaan waras masih ada yg duk kesian.
Konon kesian sbb dapat bini tak semenggah bagai, mcmlah ada org letak pedang kat leher tu dulu suh kahwin.

Walau bini cam tak betol pun tu tp bkn lesen ko pukul dia.
Negara ni ada undang2 kita tak boleh suka2 hati nk pukul org walaupun kena provok ke apa.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.070988 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top