CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Beranak Seorang Diri Bakar Bayi, Dijumpai Rentung Di Timbunan Sampah

9-6-2023 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 412| Komen: 2

JAKARTA: Penduduk gempar dengan penemuan mayat seorang bayi di tempat pembuangan sampah di hadapan sebuah sekolah menengah di kampung Bahomotefe, Morowali di Sulawesi Tengah.

Lebih menyayat hati mayat bayi itu ditemukan dalam keadaan hangus terbakar keseluruhan. 


Susulan kejadian itu, polis daerah Morowali menjalankan siasatan dan berjaya membongkarkan kes kematian bayi itu.


Foto: Kompas

Lapor Kompas, polis menahan seorang wanita berusia 22 tahun yang disyaki merupakan ibu kandung kepada bayi lelaki berkenaan.

Ketika disoal siasat, wanita dengan inisial NK dari Bungku Utara mengakui mangsa rentung itu merupakan bayinya.

Ketua Polis Morowali, Suprianto berkata, wanita muda itu melahirkan bayi lelaki secara bersendirian di bilik asrama didiaminya pada tengah malam Isnin lalu.

“Berdasarkan kenyataan NK, bayi itu tidak menangis ketika dilahirkan, malah tidak menunjukkan sebarang tanda masih hidup.


“Bayi lelaki itu kemudian dibalut dengan kain dan diletakkan dalam sebuah kotak. Selepas beberapa jam, NK membawa bayi itu ke tempat pembuangan sampah dan bertindak membakarnya bersama sisa lain,” katanya.

Tambahnya, mayat bayi yang rentung itu ditemukan oleh seorang wanita yang membuang sampah di tapak berkenaan.     

Ketika ini, NK masih ditahan untuk siasatan lanjut. -CARI

Sumber: Utusan 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 9-6-2023 03:23 PM
kejam ya manusia skang
Quote intan244 10-6-2023 05:58 PM
hindu kot, sbb tu bakar mayat.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.128444 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top