CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kekasih Cakap Tak Cukup Besar, Influencer Mati Lepas Besarkan Punggung

9-6-2023 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1142| Komen: 7

Influencer dari Brazil maut selepas menjalani prosedur membesarkan punggung daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya 'jururawat'.

Kisah tragis Lygia Fazio, 40, itu berikutan komplikasi yang berlaku akibat daripada prosedur berkenaan.



Daily Star

Bercakap dalam satu temuramah sebelum kematiannya, Lygia berkata: "Saya bekerja dalam bidang peragaan, semua orang mahu mempunyai punggung yang lebih besar daripada yang lain.

"Saya melihat diri di hadapan cermin, saya mempunyai punggung yang kecil dan saya mahu membesarkannya."

Menurut Lygia, pasangannya bagaimanapun tidak gembira dengan hasil selepas menjalani prosedur membesarkan punggung dan meyakinkannya untuk melakukan satu lagi prosedur tersebut.

Abang Lygia, George Oliveira berkata, prosedur pertama dilakukan oleh doktor, tetapi apabila dia menemui doktor buat kali kedua, pengamal perubatan itu enggan melakukannya sekali lagi.


George diberitahu bahawa Lygia telah menemui seorang lelaki yang mendakwa dirinya jururawat, dan dia telah melakukan suntikan (prosedur) di rumah rakannya.

Jangkitan merebak melalui badannya apabila bahan suntikan itu bocor dan memasuki dalam saluran darahnya.

Lygia juga mengalami strok yang menyebabkan dia dimasukkan ke hospital tiga minggu lalu, namun dia tidak dapat diselamatkan. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 9-6-2023 03:09 PM
Xkira ko beragama apa..tp kalau jenis yg xpernah bersyukur ni..2 ayat jela...PADAN MUKA...bala yg dicari sendiri...so tanggunglah akibatnya sendiri juga...
Quote twins 9-6-2023 03:40 PM
orang suka pungkoq comey tp padat... ni kalau dah mcm size tong sampah nak buat apa..  lain macam sgt citarasa boyfren dia....
Quote antikorok 9-6-2023 03:47 PM
Edited by antikorok at 9-6-2023 03:52 PM

Ujong2 jejanz hauk namampos tuh move on cari pompuan lain pulek.

Patotnye awal2 dolu ko flip hair jah tinggallkan jejanz hauk tuh cakap "Betch please? You don't like you go to Hell go f-urself' jahhh

Buat apa nak ikot cakap orang, sayangi dirimu bak kata lagu kakaFaz "Just keep loving yourself, cintai sayangi, oh dirimuu.."
Ha gaytohhh

What to doooo? Nasi dah jadik bubor
Quote ifanonline 9-6-2023 03:55 PM
punggung besar2 ni nak berak susah la
Quote Decaffeinated 9-6-2023 04:06 PM
ifanonline replied at 9-6-2023 03:55 PM
punggung besar2 ni nak berak susah la

Banyak lagi yang susah. Naik MRT pun pun tak boleh duduk kat seat berlekuk2 tu.

Quote ifanonline 9-6-2023 04:13 PM
Decaffeinated replied at 9-6-2023 04:06 PM
Banyak lagi yang susah. Naik MRT pun pun tak boleh duduk kat seat berlekuk2 tu.

betul...bontot besar sangat susah nak doggy decaff...
Quote Kentot_Wangi 9-6-2023 07:49 PM
Xboleh buat ape la kak.. Nasik dah jadi bubur. Dah la abeh duit.. Nyawa plak melayangggg... Boipren ko happy je cari gelpren bru... Pastu suruh plak wat besarkan bontot lg. Hahahaha

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.033853 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top