CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adik Hawari, Juga OKU Pendengaran Dan Abang Ipar Berlepas Ke Nepal

9-6-2023 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3496| Komen: 82

SEPANG: Dua ahli keluarga Muhammad Hawari Hashim berlepas ke Kathmandu, Nepal malam tadi bagi mendapatkan gambaran terkini mengenai misi mencari dan menyelamat pendaki itu.

Mereka adalah adik Muhammad Hawari iaitu Mohamad Ismail, 28, dan abang iparnya, Azhar Ilias, 35, selain, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (LMNPP), Haryany Mohamad.


Azhar (kanan) dan Mohamad Ismail berlepas ke Kathmandu malam ini bagi mengikut perkembangan terkini SAR Muhammad Hawari, Foto: Utusan Online

Azhar kata dia menemani Mohamad Ismail yang juga seorang OKU pendengaran, bagi menghadiri sidang media khas operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari.

“Kami sekeluarga masih berharap agar Muhammad Hawari selamat dan ditemukan semula. Kami juga reda dengan sebarang perkara yang berlaku di luar dugaan kerana semuanya ketentuan Ilahi.

“Malah, kami juga bersedia menerima sebarang kemungkinan selepas operasi SAR ditamatkan pada Selasa lalu,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.


Katanya, sejak kehilangan Muhammad Hawari 19 Mei lalu, mereka sekeluarga mengikuti rapat SAR berkenaan yang dikongsi sekretariat Malaysia Everest 2023 (ME2023).

Jelasnya lagi, kehadiran wakil keluarga pada sidang akhbar di Kathmandu esok bakal merungkai dan merencana langkah seterusnya status SAR berkenaan.

Operasi SAR Muhammad Hawari menggunakan dua dron yang bermula Sabtu lalu ditamatkan sehari lebih awal selepas dron itu berdepan masalah.

Muhammad Hawari dilaporkan hilang sejak 19 Mei lalu selepas keluar meninggalkan Kem Empat pada aras ketinggian 8,000 meter dari aras laut.

Sehari sebelum itu pada pukul 3.30 petang waktu Nepal, Muhammad Hawari dilaporkan berjaya menawan puncak Everest. – CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 9-6-2023 12:17 PM
Banyak duit ye. Spons or guna duit jabatan? gittewww meols hati hitam.
Quote VespaSilbe 9-6-2023 01:01 PM
Awat tak bawak isteri dia sekali?
Quote cattiecute 9-6-2023 01:07 PM
iols nak tanya kenapa  negara lain kalau rakyat dia mati or terkandas/hilang kat everest tu tak pernah ada misi SAR bagai?
yang malaysia ni je gigih mencari macam misi orang banjir.
lepas tu abang semua ke sana duit sapa? sendirian berhad or gomen?
ngamuk geng2 bayar tax nanti
Quote doubleharmonic 9-6-2023 01:52 PM
ada pulak duit kau nak pegi sana?
Quote mejaputih 9-6-2023 01:57 PM
daripada spend duit pegi sana baik salurkan duit tu ke isteri dia.
Quote shernazz 9-6-2023 01:58 PM
Syiok maa gi nepal
Quote naina 9-6-2023 01:59 PM
Pergi sana pun buat apa? Nak panjat juga ke untuk mencari? Takkan tiba2 ada skill mendaki kan. Usaha pun dah buat. Berjuta habis xjumpa juga. Lepaskan jelah pergi
Quote zuriey 9-6-2023 02:09 PM
Duit tu lebih baik bg pd ank2 arwah utk teruskan hidup. Korng ni semua ni waris yg perlu tanggung ank2 arwah kan..dah la abg ko tak guna tak tinggalkan apa2 utk ank bini menyusahkan lagi guna duit rakyat nak cari mayat.
Quote mawarkhayalan99 9-6-2023 02:17 PM
tak habis lagi ke misi menyelamat ni. terima jela hakikat kalau dah berminggu2 tak jumpa
Quote bynroslan 9-6-2023 02:37 PM
naina replied at 9-6-2023 05:59 AM
Pergi sana pun buat apa? Nak panjat juga ke untuk mencari? Takkan tiba2 ada skill mendaki kan. Usaha ...

Setuju. at least dia pergi tengah buat benda yang dia memang impikan nak buat.  
Quote ayukpingu 9-6-2023 02:41 PM
lepas ni boleh stop la misi ke everest bagai...buat apa? dpt isi dlm korang punya cv ke? apply keje kat gunung nepal eh? berabis duit kena taja tapi nyawa jadi korban.tak berbaloi dengan korang punya hobi ni.
Quote JunkMail 9-6-2023 02:56 PM
“Kami sekeluarga masih berharap agar Muhammad Hawari selamat dan ditemukan semula. Kami juga reda dengan sebarang perkara yang berlaku di luar dugaan kerana semuanya ketentuan Ilahi.


Ayoooo move on je lah... Hampir pasti dah mati pun Hawari tu... Tak jumpa mayat tak semestinya hidup lagi. Dah 3-4 minggu kat tmpt sejuk tu..  At least kat Everest kita tau lah confirm mati.. si Acap yang hilang kat Gopeng tu haaa tak tau pergi celah mana.
Quote VespaSilbe 9-6-2023 03:01 PM
Nak p sembahyang ghaib jenazah kat sana kut.. tgh beli 'jiwa' rakyat marhen
Quote renko 9-6-2023 03:03 PM
sapa tanggung ni?
Quote shy79 9-6-2023 03:13 PM
cattiecute replied at 9-6-2023 01:07 PM
iols nak tanya kenapa  negara lain kalau rakyat dia mati or terkandas/hilang kat everest tu tak pern ...

kerajaan madani you..
harus la tunjuk baik..
musim mengundi tak abis lagi ni..
Quote akies 9-6-2023 03:22 PM
Harap lepas ni semua pihak amik pengajaran..
Quote Orix 9-6-2023 03:38 PM
malas nak komen......... semoga dipermudahkan la.....
Quote eyansss 9-6-2023 03:43 PM
no offense to OKU pendengaran peeps, tapi apa keperluan adik dia yang ada OKU sama pegi sana?  bukan ke lagi menyukarkan keadaan sebab susah nak communicate?
Quote Decaffeinated 9-6-2023 04:02 PM
Yang ini aku setuju acik2 kecam.

Membuat aku makin yakin duit untuk projek ni memang banyak.

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.095310 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top