Isu pelawak Singapura Jocelyn Chia yang menjadikan tragedi MH370 sebagai topik lawaknya masih hangat dibicarakan banyak pihak termasuk pelakon Didie Alias. Didie menerusi satu hantaran terbaharu di Instagramnya menasihatkan Jocelyn untuk lebih peka dan menjaga sensitiviti ketika berlawak.
Tegasnya, walaupun dia memaafkan tindakan Jocelyn itu, adalah lebih elok jika lawak yang dihasilkan kelak tidak menyentuh sesuatu isu melibatkan negara. "Kau buatlah lawak pasal keluarga kau ke, binatang ke, pokok ke atau diri sendiri," ujarnya. Dalam pada itu, Didie berkata, meskipun dia seorang komedian, namun tidak pernah sekali pun terdetik dalam dirinya untuk membuat lawak melibatkan negara. Justeru, Didie berharap, insiden tersebut menjadi pengajaran untuk semua pelawak tanah air. Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Vanu Gopala Menone yang mewakili negara tersebut memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kelakuan pelawak terbabit selain memaklumkan Jocelyn bukan lagi memegang status sebagai warganegara Singapura. Sumber: OhBulan
|
dudaberhias replied at 8-6-2023 06:39 PM
Dia buat lawak syok sendiri je... Yang gigih gelak tu pun kena bayar la kot... Sebab memang tak lawa ...
ADVERTISEMENT