Suami pelakon Ayu Raudhah yang juga pemain bola sepak pasukan Negeri Sembilan, Zaquan Adha menjalani pembedahan kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL) buat kali kelima pada Rabu. Menerusi perkongsian Ayu di Instagram, dia mendoakan agar suaminya dipermudah segala urusan selain berlapang dada serta reda dengan ketentuan yang telah tertulis untuknya.
“Jika kamu rasa ujianmu sebesar kapal… ketahuilah bahawa rahmat Allah itu seluas lautan. Yang penting sabar. @zaqone_08 adalah orang yang paling tabah dan cekal yang pernah I kenal. “Sangat positif, determination, dan seorang pemimpin yang baik. I tahu you cukup kuat the chosen one untuk melalui nikmat pengalaman menjalani operation ACL untuk kali yang ke-5 ni. “I doakan semoga Allah permudahkan segala-galanya untuk you. Berlapang dada dan reda dengan ketentuan yang Allah takdirkan untuk you sayang,” kongsinya.
Rata-rata netizen turut mendoakan agar Zaquan dipermudahkan urusan selain kembali pulih dengan cepat. Terdahulu, ketua pasukan Negeri Sembilan itu terlepas baki saingan Liga Super musim ini selepas mengalami kecederaan serius ketika menentang Selangor pada Mei lalu. Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT