Sherry Alhadad mengakui bukan mudah mengacara program lawak Mega Spontan 2023 kerana ia satu cabaran dan pengalaman baharu buatnya dalam industri seni. Menegaskan dirinya bukan seorang pelawak, Sherry bagaimana menganggap program itu salah satu cara untuk menguji kemampuannya dalam mengendali sesebuah program lain selain yang kebiasaannya.
“Benda pertama sekali saya nak cakap, saya bukan pelawak. Tapi, saya hanyalah pengacara atau pengantara di tengah-tengah itu. Kalau kita tengok peserta dengan saya macam saya nak kena catch up tenaga mereka. “Saya pun nak kena catch up dengan diri sendiri. Macam saya cakap la, benda ini pengalaman baharu untuk saya. Saya pun nak kena lebih peka bila di atas pentas. “Sebenarnya agak terkejut la tapi tak apa, ini adalah cara untuk kita menguji diri kita sejauh mana boleh pergi. Selalunya saya handle program hiburan seperti nyanyian,” katanya kepada Gempak.
Sherry ditemui ketika selesai program Mega Spontan 2023 yang berlangsung pada Jumaat lalu. Dalam pada itu, Sherry turut mengakui bukan mudah untuk mengendali program yang mempunyai peserta-peserta hebat terdiri daripada selebriti yang sememangnya mampu membuat lawak spontan.
|
ADVERTISEMENT