Penyanyi Wani Kayrie nekad tidak menyertai mana-mana pertandingan selepas dilabel sebagai artis kaki ‘competition’. Kata Wani atau Syazwani Abdullah, 23, dia berasa kurang seronok apabila ramai menganggap dirinya memasuki pertandingan hanya untuk menambah populariti sedia ada.
“Mengenai pertandingan itu saya dah nekad, sebenarnya saya dah tak mahu masuk pertandingan. “Sebab saya rasa cukuplah orang ramai kenal saya sebagai artis yang suka masuk pertandingan dan ia seperti tanggapan negatif orang terhadap saya. “Ada yang kata saya masuk pertandingan sebab nak menang, nak popular tapi bagi saya agak tak seronok bila ada yang anggap saya sebegitu,” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Wani sempat berkongsi tips dirinya kekal kuat walaupun dikritik sering menerima kritikan daripada netizen. “Satu percaya pada bakat sendiri dan percaya pada orang yang menilai kita iaitu juri. “Dan pedulikan apa yang orang luar nak cakap sebab mereka hanya nak nampak sempurna dan cantik tapi yang menilai kita adalah juri,” ujarnya. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT