Oleh Adib Za Jika sebelum ini, ramai yang memperkatakan tentang pelakon Emma Maembong yang menampar Kamal Adli, nampaknya ia sudah terjawab kini.
Hanya sebuah gimik, begitulah rupanya. Emma yang menjelaskan, ia merupakan satu idea untuk menarik perhatian ramai tentang satu minuman baharu yang dikenali sebagai Est Cola. "Jujurnya ia bukan idea kami tetapi daripada pihak produksi namun mereka meminta izin kami terlebih dahulu sebelum ia disebarkan. Saya dan Kamal memang risau kerana tahu akan reaksi peminat dan benar kami menerima pelbagai kritikan tetapi bersetuju kerana ia adalah sekadar gimik untuk memperkenalkan produk berkenaan selain ia hal tuntutan kerja. (Sumber foto: Mstar) "Dari sudut positifnya meskipun ia memberi kesan negatif kepada kami tetapi ia secara tidak langsung telah mempromosikan produk berkenaan dengan skala lebih besar," ujar Emma menerusi Mstar Online.
Sekarang pastinya peminat kedua artis ini sudah lega mendengar jawapan. Dan strategi tersebut nampaknya membuahkan hasil memandangkan ia sememangnya menjadi viral minggu lalu. - CARI Infonet |
12
Bagus |
15
Marah |
7
Terkejut |
7
Sedih |
14
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
adeqo replied at 19-10-2015 09:51 PM
Kat utube ade x EM lempang KA?
de_ikea replied at 19-10-2015 10:43 PM
Zizan dulu pernah kna lempang tk? Kcurangan zizan lg class
ADVERTISEMENT