CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kalau Betul Saya Cuci Duit, Mesti Saya Dah Ke Dalam' - Black Hanifah

8-6-2023 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1459| Komen: 16

Black Hanifah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan membeli kapal persiaran mewah di Langkawi menggunakan hasil penggubahan wang haram.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhamad Hanafiah berkata, sekiranya dakwaan itu benar, sudah pasti dirinya disiasat oleh pihak berkuasa.



IG

"Saya menafikan sekeras-kerasnya perkara itu kerana ia tidak benar sama sekali! Saya memiliki perniagaan yang berdaftar, saya bayar cukai setiap tahun. Sebagai rakyat Malaysia, saya patuh dengan undang-undang negara.

"Kalau benar saya cuci duit, SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) dan polis mesti akan siasat dan saya tidak duduk di sini, saya duduk dalam lokap.

"Saya masih selamat kerana saya buat benda yang betul. Semua aset yang saya miliki hasil simpanan dan perniagaan atas talian yang berjaya selain daripada doa orang sekeliling," katanya.

Menurut Black, dia masih berfikiran waras dan mengambil pendekatan untuk tidak melanggar undang-undang bagi mengaut keuntungan dengan cara mudah.




Black berkata, dia bersyukur apabila hasil simpanan dan kerja keras sejak beberapa tahun lalu membuahkan hasil.

"Semua aset seperti kapal dan villa itu adalah hasil dari perancangan yang saya atur dengan baik selama tiga tahun. Sepanjang tempoh itu banyak ilmu baru yang saya belajar dan dalam masa sama saya belajar menyimpan.

Terdahulu, Black kecewa apabila dituduh membeli kapal pelayaran mewah di Langkawi menggunakan hasil penggubahan wang haram.



Dia dimaklumkan mengenai fitnah itu selepas ditunjukkan satu video yang tular mengenai dirinya daripada rakan. Dia dituduh kerana dikatakan berbelanja dan membeli kapal mewah.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 8-6-2023 02:32 PM
lagi explain lagi nampak suspicious ye Tam.... diam je lahhhh... lagi menunjuk nak bagi hadiah bagai semua tu lagi orang korek ye...
Quote I.K.A888990 8-6-2023 02:36 PM
baiklah black oiii
Quote ayukpingu 8-6-2023 02:39 PM
tetap bau busuk suspicious nya dia ni
Quote dudaberhias 8-6-2023 02:43 PM
Apa2 je lah hitam oiiii...
Takat beli fishing boat tu takdenya cuci2 duit. Dah la rhoper anak beranak lan solo...

Quote Burong_Hantuk 8-6-2023 03:01 PM
jangan sampi kena masuk ke dalam!!!
Quote Rogue98 8-6-2023 03:08 PM
Sejak bila gang cuci masuk dalam?
Elok jer addykana n aliya buat parti bebas..tak kena masuk lokap pun.
Quote toet2meoww 8-6-2023 03:20 PM
Peh, kalau mudah sangat ke dalam, takkanla ramai sgt jadi mesin basuh kat malaysia ni
Quote tompie 8-6-2023 03:25 PM
Tapi seriously.. nak beli boat besau tu bukan boleh buat loan ikat 9 tahun kan??
Mesti cash punye..
Nak beli satu hal la.. mungkin ramai yang mampu, tapi maintenance dia, nak bayo tempat parking (shipyard), ke parking kat rumah aje??
Tengok stail dia pun dah mcm beach boy siam..

Kalau duit berkoyan, boleh lah nak buat suka2..
Tapi best tu kalau mampu maintain..

Dulu ada excolleague amik pencen awal, beli fishing boat canggih.. siap ada deck / tempat tido selesa bagai.. kononnye dia nak buat bisnes lepas pencen.. Mula2 selalu ahh nampak dia iklan kan kat kawan2 sapa2 nak sewa ke, nak pakai boleh ctc dia.
lepas tu dh tak pernah nampak.. mungkin dah jual kot.... business tak viable
Quote cattiecute 8-6-2023 03:33 PM
tengok gambar pun boleh terbau2 kepamnya
jenis berkepam berminyak macam tak mandi
Quote aemon 8-6-2023 03:44 PM
hmm..dasar budak tak belajar tinggi.cakap tak fikir panjang.aku gelakkan sajo.
siti lipis yg penyanyi puluh tahun pun tak perlu justify aset dia.ko nyanyi pun x de memorable song..lg nk kata kaya hasil pendapatan bisnes.nama pun suam2 kuku.
Quote Dalcott 8-6-2023 03:58 PM
asyik je la cite ko. klu takde tu diam je la
Quote Dalcott 8-6-2023 03:58 PM
asyik je la cite ko. klu takde tu diam je la
Quote Purplehaz 8-6-2023 04:09 PM
Yg penting..sapelah partnership business dia ni.
Takkan sole proprietorship

Xnak beritahu ker
Quote Qatrunnadaain 8-6-2023 06:13 PM
Bau ikan betul…. Dulu iol pernah tgk dia jual ikan, sidai towel good morning kat bahu je kat bazar ramadan pantai dalam.. time tu terpekik terlolong panggil customer..
Quote shida81 8-6-2023 07:02 PM
Ramai je buat money laundering hidup aman kt luar black...
Quote timah03 8-6-2023 07:10 PM
Diam je la... Lagi cakap, lagi netizen suka balas...
Kang depress lagi, salah kan netizen juga...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.054650 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top