CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Awesome Tv Dakwa Atu Penipu- Ada Masalah Disiplin, Masa Live Tiba-Tiba Hilang!

8-6-2023 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4073| Komen: 36

CEO Awesome TV, Datuk Adam Ilyas dan Pengarah Urusannya, Johan Ishak mendakwa pelawak Atu Zero masih belum lagi mengambil bayaran yang telah disediakan oleh pihak mereka.

Adam memberitahu, sudah sebulan bayaran untuk Atu diluluskan namun pelawak itu masih enggan menuntut pembayaran tersebut di stesen TV berkenaan.


"Bayaran dia pun kami dah sediakan. Kami cakap kalau nak bayaran datang ambil tapi dia yang tak datang. Dah sebulan bayaran dia kami sediakan," katanya kepada mStar.

Foto: mStar

Johan pula turut mendedahkan Atu berdepan dengan kesalahan disiplin kerana menghilangkan diri sewaktu menjalani program siaran langsung Awesome Raja Lawak sebelum ini.

Kata Johan, pihak Awesome TV mengambil pendekatan untuk bertemu dalam usaha berbincang dengan pelawak mengenai hal berkenaan, sekali gus melunaskan bayaran seperti yang dituntut.

"Isu disiplin yang dia menghilang tu, cuba bayangkan ia adalah sebuah program siaran langsung. Dia boleh lari, menggelabah kami.


"Itu fasal kami panggil dia datang ambil bayaran ni sebab nak bincangkan tentang isu lari itu juga.

"Kau nak gaduh dengan kau punya periuk nasi buat apa? Benda boleh bincangkan."

Foto: IG

Adam bagaimanapun menyangkal dakwaan dibuat oleh Atu sebelum ini yang mengatakan tidak tahu diminta untuk naik ke atas pentas sewaktu program siaran langsung itu bermula.

Malah, pihak stesen televisyen tidak diberi sebarang makluman dan mendapat tahu Atu telah pulang tanpa melunaskan komitmen yang sudah diberi.

"Atu tu dia sebenarnya banyak menipu. Dalam kenyataan dia cakap dia balik kerana tidak tahu kena naik atas pentas. Katanya masa hari kejadian baharu tahu.

"Padahal perkara itu telah dimaklumkan seminggu sebelum. Mereka dah buat sesi latihan semua. Dia tipu cakap kami tak beritahu dia.

"Patutnya Tauke, Ajak dan Atu setiap segmen mereka perlu naik atas pentas buat sketsa. Separuh jalan Atu hilang lari balik. Tak ada cakap apa, siapa pun tak tahu, tengok-tengok dia dah lari balik," ujarnya.


Tambah Adam lagi, isu ini bermula apabila isteri Atu iaitu Syafeeqa Johari menuntut bayaran penuh termasuk baki bayaran yang tidak boleh dikeluarkan lagi mengikut perjanjian.

Malah, menurut Adam pihak Awesome TV sepatutnya boleh mengambil tindakan terhadap Atu kerana pelanggaran kontrak, namun mereka tidak mahu melakukan hal demikian.

"Bayaran yang kami sediakan RM25,000. Isteri dia jumlahkan semua padahal benda belum due lagi pun dia kira dah.

"Kalau nak cakap tentang isu ini, kami sebenarnya boleh ambil tindakan kerana dia telah melanggar kontrak, tetapi kami tidak mahu," ujarnya.

Pada April lalu, Atu meluahkan rasa kesal apabila terpaksa menagih bayarannya daripada stesen televisyen Awesome TV.

Lebih malang, Atu mendakwa dia menggunakan wang sendiri sepanjang menjalani penggambaran namun apabila bayaran dituntut dia hanya diberi janji kosong.

Dalam pada itu pihak mStar turut ditunjukkan mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar kepada isteri Atu bagi memaklumkan bayaran dituntut itu sudah sedia untuk diambil di pejabat Awesome TV.

Bagaimanapun menerusi satu rakaman suara, isteri Atu yang juga pengurusnya menyatakan syarat-starat tertentu sebelum bersedia untuk menuntut bayaran yang belum dijelaskan stesen TV berkenaan. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 8-6-2023 12:30 PM
Pulok doh si Jabba the hut kaki putar ni....
Ko ingat kami nak percaya dakwaan muka gampunk ko tu...

Dah berapa artis dah bising pasal ko kot...
Sebabtu sape2 yang ada job dengan TV ni patut baca mentera siap2 kat belakang...

Quote vanillaninja 8-6-2023 12:38 PM
Halah halah uols mana nak pernah mengaku salah kan?
Quote CariMalay 8-6-2023 12:40 PM
dudaberhias: Pulok doh si Jabba the hut kak ...
muka rempit dan penyangak,perangai pun nampak low class macam rempit dan penyangak, so tengok luaran pun semua orang boleh tahu atu ni sejenis hantu jembalang jugak
Quote matbad 8-6-2023 12:53 PM
Putar alam sggh depa ni buat mcm depa mangsa
Quote MissVixen 8-6-2023 01:03 PM
Antara atu dan adam ni, atu ni lebih dipercayai kata2 dia. Stesen tv lain takde pun bising pasal disiplin Atu ni. Tv yang satu ni je banyak aduan tentang bayaran etc. Kalau Atu tu tak bising, bayaran tu mesti takde lagi. Sama je perangai macam ravi everest tu. Bila dah terdedah, baru la nak keluar ayat2 baik punya.
Quote gerbera.memopad 8-6-2023 01:26 PM
Sorry not sorry tapi aku lagi percaya Atu dari dia ni
Quote heythere123 8-6-2023 01:36 PM
adan uke takde orang pon percaya cakap company ni
Quote tompie 8-6-2023 02:15 PM
Sebab banyak sangat kes against Awesome TV orang susah nak percaya segala apa yg ko dakwa..
Kalau tak pernah ada kes, mungkin org boleh terima lagi la... ini dah mcm2 kes dah..
tutup kedai aje la... just re run balik cerita2 lama, filam 80s dan 90s tu..
kekadang aku tertengok awesome ni sebab nampak cite2 80s  & 90s aje ahh.. alih2 ada cite ali setan.. layan ah sikit2 hahaha
Quote Burong_Hantuk 8-6-2023 02:15 PM
muka atu mintak penamparrrr
Quote jiwakacau06 8-6-2023 02:16 PM
MissVixen replied at 8-6-2023 01:03 PM
Antara atu dan adam ni, atu ni lebih dipercayai kata2 dia. Stesen tv lain takde pun bising pasal dis ...

ravi Everest tu kes apa... xprnh dgr pn nama ni...
kes pendaki oku hilang tu ke
Quote izat123 8-6-2023 02:20 PM
Babi betul lah dah 2023 bolwh je bank in payment tu. Dia nak juga suruh Atu datang office. Kalau aku jadi Atu pun aku tak datang. Bangsat dah macam pengemis dia buat nak kena datang office pulak. Semoga melingkup lah Awesome TV ni.
Quote I.K.A888990 8-6-2023 02:22 PM
ape hanat sgt awesom ni
byk nau isu
Quote Purplehaz 8-6-2023 02:31 PM
Jumpa la..bincang elok2..dua2 pihak bawa saksi.

Kdg kena baca fahamkan kontrak barulah fikir sesuai atau tak..bkn stkt tgok job apa. Ausome tv ni kontrak jenis kena 100% siap keja tip top barulah bole dpt duit.
Quote KelisaSilver 8-6-2023 02:54 PM
Awesome TV ni boleh tahan ya. dah byk retis complain pasal derang ni..... masih lagi tak nak ngaku. hmmm tak lama tutup la.....
Quote lanse 8-6-2023 03:14 PM
Percaya cakap atu lagi.
Quote beta_carotene 8-6-2023 03:20 PM
ni bukan ipar duai si nyna hasrizal tu ke.
yg kena colek dek mak bapak ujung2 balik semula ke laki parpukari sheols ittew.

kuat sungguh bau kari kapla ikan.
Quote babelina 8-6-2023 04:00 PM
owh... bila bayaran ko x di ambik sebulan.. kecoh ckp mcm2.. tp ko x ingt pula yg ko lewat kn bayaran tu bpe lama.. pastu ayat korg.. ayoooo.. x mcm org besar2 bckp.. hahaha...
Quote DianaSaksen 8-6-2023 04:17 PM
Awesome tv jrg tengok
Kalau tv okey tu lagi suka layan
Banyak rancangan best..travel makan makan
Quote DianaSaksen 8-6-2023 04:18 PM
Plus berita awesome tv ni macam parody snl
Bukan macam berita

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.162940 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top