Ucop Wilcha enggan menerima tawaran lakonan yang memberikan harga terlalu rendah berbanding pengalamannya dalam dunia seni. Kata pemilik nama sebenar Syed Mohamad Asri ini, isu bayaran murah kepada pelakon veteran juga tidak akan timbul sekiranya seseorang itu mengetahui mengenai hak mereka.
"Bagi saya mudah sahaja... kalau ada produksi yang tawarkan harga rendah saya akan terus tolak. Itu hak saya sebagai seorang pelakon. "Saya tidak nafikan ada sesetengah produksi yang ambil kesempatan terhadap pelakon lama ini. Mereka tidak menilai dengan baik dan memberikan harga rendah. Jadi kalau berlaku perkara begitu lebih baik saya tolak awal," katanya kepada mStar. Sebagai seorang anak seni yang mempunyai pengalaman luas, isu bayaran rendah seperti ini tidak perlu dihebahkan kerana setiap pelakon itu sendiri yang sudah setuju dengan sesebuah tawaran.
Dia juga enggan dilihat kurang bijak bercerita mengenai perkara itu sedangkan keputusan yang dibuat untuk terlibat dalam sesebuah produksi adalah atas pilihan sendiri. "Tak perlulah nak luahkan kepada orang ramai tentang isu ini. Sebagai pelakon kita sudah sign kontrak dan itu bermakna telah ada persetujuan dengan harga. Lebih baik tidak banyak bercakap selepas membuat keputusan sendiri. "Apabila sudah menerima tawaran, itu menjadi satu tanggungjawab buat pelakon. Saya tidak mahu tunjuk kebodohan diri sendiri dengan banyak merungut selepas sign kontrak." Bercakap mengenai filem terbaharu lakonanya berjudul Kau Pilih Siapa?, Syed memberitahu watak kali ini mencabar dirinya kerana lebih banyak bermain dengan emosi meskipun ia sebuah naskah komedi. "Watak saya dalam filem ini adalah seorang lelaki yang banyak masalah. Jadi saya tidak boleh buat lawak dan itu menjadi satu cabaran buat saya di lokasi. "Ketika penggambaran saya banyak berkongsi idea dengan pelakon-pelakon lain untuk mewujudkan adegan komedi itu supaya dapat menghiburkan penonton," ujarnya. Filem arahan Datuk Athy dan Saifullah Khaisas ini bakal memulakan tayangan pada Khamis, 8 Jun. -CARI Sumber: mStar
|
dudaberhias: betul... kalau murah sangat pu ...
ADVERTISEMENT