CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sejak Kecil Dah Masuk Ke Bar- Amylea Azizan Dituduh Sebagai Perokok, Pemabuk, Penagih Dan Kaki Kelab Malam

8-6-2023 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4125| Komen: 28

Amylea Azizan puas dilabel ‘kaki’ kelab malam gara-gara berpenampilan dan cara berpakaian yang berani.

Penyanyi ini terkilan dan kecewa apabila dipandang bukan-bukan.

Katanya dia dah terlalu kerap cuba membuktikan dia bukan perokok, pemabuk ataupun penagih bahan terlarang.


Foto: IG

“Saya dibesarkan dalam keluarga pemuzik. Sejak kecil, saya sudah masuk ke bar, melihat persembahan. Di tempat begitu, semua benda tak elok tersedia di depan mata. Sejujurnya, saya tak boleh cakap hiburan ini dunia yang suci dan murni.

“Tapi saya bukan seperti yang orang sangka. Sejak masuk industri pada usia belasan tahun, sampai sekarang, saya bukan perokok, pemabuk, penagih apatah lagi kaki kelab malam. Bahkan tidak langsung berkeinginan untuk mencuba semua itu. Bagi yang mendakwa saya begitu, buktikan.

“Memang kecewa kalau ada yang melabel saya begitu. Tapi bukan urusan saya lagi untuk membuktikan saya bukan wanita seperti itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.




Sambung anak kelahiran Kedah ini, adakalanya dia tertanya-tanya, kenapa manusia mudah menjatuhkan hukum sedangkan dakwaan dan tuduhan yang mereka lemparkan bersifat kosong, tak berasas.

“Pernah ada yang hulur minuman keras kepada saya kemudian terkejut dan tak percaya apabila saya menolak serta mengatakan saya bukan peminum arak.

“Ada juga yang cuba mempengaruhi tapi tak berjaya malah memandang serong dan menganggap saya tidak layak untuk berkawan dengan mereka hanya kerana saya tidak mengamalkan cara hidup mereka.

“Memang pelik apabila dipandang serong disebabkan kita tak buat benda-benda begitu. Mungkin persepsi mereka artis dan selebriti adalah begitu sedangkan masalah arak, rokok dan dadah ini juga sama menghantui industri lain,” jelasnya.



Kata Amylea, tindakan ibu bapanya yang memberi kebebasan untuk dia menentukan pilihan sendiri yang berintegriti dan berprinsip sebenarnya menjadi sebab yang menjadikan siapa dirinya sekarang.

“Contoh, saya tak suka rokok sebab baunya tak menyenangkan dan ia tidak baik untuk kesihatan. Jadi saya pilih untuk tidak mencuba meskipun saya dikelilingi perokok. Tapi masih juga ada yang ingat saya merokok.

“Saya berkawan dengan sesiapa sahaja. Tetapi saya bukan yang mudah hakimi orang disebabkan perbuatan mereka. Urusan mereka bukan urusan saya. Kita semua akan lalui fasa perubahan dalam hidup masing-masing. Jadi jangan pandang serong atau hakimi orang.



“Saya bukan nak tunjuk baik. Tapi itulah diri saya. Saya tak perlu merokok, minum arak atau ambil dadah untuk jadi gembira. Saya harap jangan label saya hanya kerana cara pemakaian saya. Kita ada kelemahan masing-masing yang Allah tutup. Jangan pula kita yang membukanya,” ujarnya.

Sebagai komposer dan penulis lirik yang berjaya, Amylea sedar apa yang membuatkan lagu-lagu yang bagus dan berkualiti kurang sambutan sekali gus tenggelam dek persaingan lagu-lagu yang lebih tular dan popular.

“Sekarang formula untuk jadikan lagu itu viral banyak digunakan sesetengah komposer atau pencipta. Ada yang terpaksa membuang elemen nostalgia asalkan lagu itu menerima sambutan memberangsangkan.

“Saya tahu formula itu, namun tidak akan gunakannya kerana saya mahu lagu saya diingati sampai bila-bila. Saya boleh sahaja guna formula itu untuk viralkan lagu, ikut trend. Tapi saya tak mahu berkompromi dengan kualiti,” katanya.



Dalam masa yang sama, Amylea juga berharap stesen radio tempatan juga dapat memutarkan lagu-lagu yang bagus namun kurang popular.

“Lagu susah nak menjadi kalau radio tak putar. Keadaan dulu beza, hampir semua artis rakaman dapat peluang sama rata, lagu-lagu mereka main di radio.

“Sekarang stesen lebih tengok kepada lagu yang popular, tular. Begitu juga penyanyi, lebih utamakan yang banyak pengikut di media sosial,” komennya. -CARI

Sumber: Utusan

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 8-6-2023 10:43 AM
jujur betul dia cerita...
memang betul pun dunia hiburan ni bukan dunia suci murni... nak suci2 pergi ceramah je lah dekkk atau tengokkkk tv al hijrah... motippp gigih nak citer bukan2 pasal orang lain yang ko tak pernah tengok depan mata...

Quote CariMalay 8-6-2023 11:54 AM
dudaberhias: jujur betul dia cerita...memang betul pun dunia hiburan ni bukan dunia suci murni... nak suci2 pergi ceramah je lah dekkk atau tengokkkk tv al hijrah. ...
tapi dia tak jujur dengan diri dia sendiri yang lagu2 dia semua langsung tak sedap, dia tipu diri sendiri dengan mengatakan lagu2 dia sedap walaupun tak. Hanya sebab lagu2 dia ikut standard dan segala kriteria untuk lagu yang sebenar, tak bermakna lagu2 dia berkualiti dan sedap, walhal seperti tahi
Quote matbad 8-6-2023 12:35 PM
Nak teringin apa ya sdgkan bnda alah mabuk tu tersedia dalam umh dia..buat apa nk buat kat luar sdgkn dlm umh dh terhidang..sembang krg jujur jgk ni..hihi
Quote edayildiz 8-6-2023 12:44 PM
lagu dia sedap tp dia ttp xfemes
Quote edayildiz 8-6-2023 12:44 PM
matbad replied at 8-6-2023 12:35 PM
Nak teringin apa ya sdgkan bnda alah mabuk tu tersedia dalam umh dia..buat apa nk buat kat luar sdgk ...

mksdnyaaaa ?
Quote sleepandream 8-6-2023 01:27 PM
ada jugak kan few lagu sheols compose sedap...
tapi tu la takde xfactor kalau nyanyi...
Quote razzia 8-6-2023 01:35 PM
sedap juga lagunya
Quote Burong_Hantuk 8-6-2023 02:17 PM
ya ampun....dia nih dah basi...x releven
Quote I.K.A888990 8-6-2023 02:42 PM
aku suka lagu2 dia
yg miris tu sedap giler
Quote syamzana 8-6-2023 02:45 PM
matbad replied at 8-6-2023 12:35 PM
Nak teringin apa ya sdgkan bnda alah mabuk tu tersedia dalam umh dia..buat apa nk buat kat luar sdgk ...

eh serius arr u??
dia ni anak sedara sil iols, nati i tnya betul dak stetmen amelia neh
Quote Suchi 8-6-2023 02:47 PM
Dia mcm teh melly, byk buat lagu ost yg sedap menusuk je.
Iols suka je lagu2 dia
Quote Sazreena 8-6-2023 05:04 PM
Aku x leh masuk ngan lagu dia...leleh nau bagi aku. Sepeten ngan abadut..
Quote matbad 8-6-2023 05:12 PM
syamzana replied at 8-6-2023 02:45 PM
eh serius arr u??
dia ni anak sedara sil iols, nati i tnya betul dak stetmen amelia neh

Tnya tgk hahaha..dlm peti ais rasanya mcm tak ada air lain hihihi
Quote Prickford 8-6-2023 05:24 PM
Membesar dalam bar & club. Dibesarkan dgn duit dari situ. Tengok muka pon mmg tak sior teman. Muka mmg tak welcome. Muka takde nur.
Quote anggeriklatifah 8-6-2023 07:12 PM
CariMalay replied at 8-6-2023 11:54 AM
tapi dia tak jujur dengan diri dia sendiri yang lagu2 dia semua langsung tak sedap, dia tipu diri s ...

Bagi aku aku suka beberapa lagu dia..
Cumaa kebyykkan tak tredding..
Aku suka lagu dia dlm 7 ramadhan..duet dgn tilu band
Lagu dia byk guna ost drama kan.ada yg best ada yg kurang
Quote dudaberhias 8-6-2023 07:16 PM
CariMalay replied at 8-6-2023 11:54 AM
tapi dia tak jujur dengan diri dia sendiri yang lagu2 dia semua langsung tak sedap, dia tipu diri s ...

Hahaha choiiii... Tapi memang fakta lagi menusuk kalbu... Lagu2 dia buat haram tak memoreable pun... Kalau sheols nyanyi lagi lah... Merdu sikit je dari mesin tebu yang acik2 jual tepi jalan...

Quote rosedemon 9-6-2023 08:40 AM
sbb muka ko mmg cam pmpuan kabaret
Quote ashilalat 28-6-2023 07:45 AM
Up balik benang sbb tgk kat IG Amylea
Quote ninja boy 28-6-2023 09:10 AM
Lagu sedap tapi sepesen je lagu dia, dan lagu itu sekadar utk drama2 ja bukan utk bertanding carta juara lagu, sama spt lagu kru  semua sepesen termasuk penyanyi didikan mereka, lagu janji boleh buat duit

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.043518 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top