CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Faizal Hussein Rela Tolak Berlakon Filem Sebab Bayaran Projek OTT Lebih Tinggi

7-6-2023 09:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1358| Komen: 7

Faizal Hussein tidak menolak filem tempatan tidak lagi menjadi pilihan penonton dengan kehadiran perkhidmatan media Over The Top (OTT).

Kata pelakon berusia 56 itu, menerusi OTT penonton mempunyai lebih banyak pilihan termasuk drama dan filem dari seluruh dunia tanpa perlu ke pawagam.



IG

"Paling ketara yang saya lihat apabila tibanya Festival Filem Malaysia yang dulu meriah tetapi sekarang rasa itu sudah berbeza.

"Dulu hampir setiap tahun banyak filem yang hebat tapi sekarang tidak semua filem berjaya pecah panggung apatah lagi pilihan secara penstriman lebih pelbagai hanya dihujung jari.

"Sebagai pelakon saya akur dan ikut peredaran zaman dan tidak lagi boleh bergantung harap kepada kaedah konvensional seperti dahulu," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, aktor berkenaan turut mendedahkan bajet dikeluarkan OTT adalah jauh lebih besar malah mengalahkan bajet untuk menerbitkan sebuah filem.


"Bajet OTT untuk lapan atau 12 episod pun boleh mengalahkan bajet orang buat filem.

"Disebabkan itu kita boleh nampak perbezaan, macam drama siri yang saya lakonkan One Cent Thief tempoh hari. Mereka tidak kisah untuk membelanjakan bajet yang betul-betul besar," ujarnya.

Malah kata Faizal, dia sendiri pernah menolak tawaran berlakon sebuah filem kerana bayaran diberikan menerusi projek OTT lebih tinggi.

Dedah Faizal, sepanjang karier lakonannya, bayaran berlakon menerusi OTT paling besar diterimanya dan bukannya filem.

"Contohnya harga yang saya minta untuk sebuah filem sekarang, mereka tidak boleh nak bayar. Tapi kalau saya minta harga yang sama pada OTT, mereka bayar sesuai ikut permintaan saya.

"Jadi, kalau tak boleh nak bayar dengan harga yang saya tetapkan, saya tak marah dan tidak kisah pun. Tapi saya tidak akan ambil tawaran itu," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 7-6-2023 10:15 PM
ok faham...
memang betul pun payment filem ni bergantung pada filem tu hit ke tidak... kalau tak hit maka melopong je lah tak dapat apa2 bonus...

Quote KucaiHijau 7-6-2023 10:18 PM
Pelakon lama ni pandai bg lakonan nmpk hidup.....rengsek tgk pelakon bbnu berlakon... expression muka mcm ape je
Quote babelina 8-6-2023 10:25 AM
Faizall Hussien nie sama mcm Jamal Abdillah, ikut perkembangan n peredaran zaman.. apa yg tgh hit.. apa ptt dorg buat utk kekal relevan n bergaji besar kn...
Quote prince_marhaen 8-6-2023 10:40 AM
FH punya strategi ni bagus, tak perlu jaga sangat exclusivity kekonon nak jadi pelakon filem saja, nak kerja ngan pengarah/producer ni saja..ikat kontrak ngan house itu saja..., as long as ada job, ada masyuk, ikut rate semasa....saukkkk je..
macam tokmal, tokti, himpittt je BBNU yang tengah relevan, pastu duet, pastu ikut perkembangan semasa, menjual apa yg ada kat TT shop... biarlah orang kata merata muka kat socmed kan, tak exclusive, janji masyukkkk...
Quote twins 8-6-2023 12:07 PM
dudaberhias replied at 7-6-2023 10:15 PM
ok faham...
memang betul pun payment filem ni bergantung pada filem tu hit ke tidak... kalau tak hit ...

hit meletop kebabooommm pun kalau dapat producer kedekut taik idung masin tak dapat jugak bonus.
dari apa yg aku dengar pelakun2 pilem Hang Tuah tak dapat pun bonus... semua masuk perut producer jer la agaknya....
Quote azimodin 8-6-2023 12:12 PM
KucaiHijau replied at 7-6-2023 10:18 PM
Pelakon lama ni pandai bg lakonan nmpk hidup.....rengsek tgk pelakon bbnu berlakon... expression muk ...

Satu FH berlakon nampak relax, x perlu acah2 method acting.. xperlu jerit2.
Quote Burong_Hantuk 8-6-2023 02:31 PM
terbaikkk FH!!!

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.295636 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top