CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Afdlin Shauki Berang Pelawak Singapura Hina Malaysia! "Buat Lawak Kena Pakai Otak"

7-6-2023 06:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3598| Komen: 53

Datuk Afdlin Shauki kata jenaka menyentuh kehilangan pesawat Malaysia, MH370 pada 2014 oleh seorang pelawak dari Singapura sangatt melampaui batas.

Kata Afdlin, pengisian bahan lawak dipersembahkan pelawak dikenali sebagai Jocelyn Chia itu tidak sepatutnya terjadi dan perlu dielakkan oleh semua pelawak.


Foto: IG

"Kalau pelawak itu berasal dari Malaysia, saya akan menegaskan kepadanya bahawa lawaknya melampaui batas, tetapi disebabkan pelawak berasal dari Singapura, saya tahu mereka jenis melawak ikut suka hati seperti sesetengah pelawak di luar negara.

"Bagi saya, kalau kita mahu melawak, ada hadnya, janganlah sampai mempersendakan peristiwa MH370. Kalau sampai peristiwa itu pun nak buat lawak, anda tidak sensitif kepada mangsa meninggal dunia dan keluarga berdepan kehilangan.

"Jujurnya, saya tak dengar lawaknya lagi, tetapi saya tahu ia adalah perkara sensitif. Bila membabitkan kematian orang lain, ia tak sepatutnya dipersenda.


"Saya tahu ada pelawak Malaysia juga menghentam pelawak Singapura. Hentam menghentam adalah perkara biasa dalam 'stand-up comedy', cuma bila sebut MH370, tak kira apa jenakanya, bagi saya ia terlalu sensitif," katanya kepada BH Online.



Berikutan itu, Afdlin berkata, seorang pelawak perlu sensitif dengan perkara itu dan perlu menjauhi menggunakan topik berkaitan kematian.

"Buat lawak kena pakai otak, sesetengah pelawak nak senang memancing orang ketawa, gunakan topik sedemikian. Banyak lagi bahan boleh digunakan.

"Perkara sensitif jangan sebut, setakat komen sosial tak mengapa, tetapi bila sampai menghina orang mati sudah terlalu jauh," katanya.

Terdahulu, seorang pelawak wanita dipercayai kelahiran Singapura bertindak keterlaluan memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komedi berdiri 'Singapore vs Malaysia' yang dipercayai diadakan di negara itu, baru-baru ini.

Menerusi klip video dimuat naik menerusi akaun TikTok pelawak wanita dikenali Jocelyn Chia, dia secara sengaja menghina seorang penonton yang mengaku sebagai rakyat Malaysia dengan perkataan kesat.

Selain itu, pelawak berkenaan turut membandingkan Malaysia yang hanya bertaraf negara membangun berbanding negaranya lebih maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.

Sepanjang rakaman video berdurasi 1 minit 29 saat itu, pengisian bahan lawak dipersembahkan Chia berbaur kata-kata dan memek muka memperlekehkan Malaysia.

Ini termasuk jenaka keterlaluan yang menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan 'tidak mendarat'. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 7-6-2023 07:04 PM
Tapi sejujurnya lawak sheols tak lawak langsung... Lagi lawak yang pelawak cross dresser india tu buat lawak... Yang ni semua hambar and more to mengutuk jah...

Yang gelak2 tu pun patut kena hempuk dengan lesung batu sebab tak lawak langsung pun ko gigih gelak... Macam cikki tu bayar untuk gelak dekat persembahan dia tu....

Kalau di buat kat sini pun contohnya pelawak malaysia kutuk indon... Harus la kena hempuk jugak pelawak malaysia tu dengan orang malaysia sendiri...

Lawak kutuk2 negara dan feeling2 superior ni dah so yesteryears gittuh... Ko tersangkut dek zaman kena jajah british ahso oi...

Quote makneng 7-6-2023 07:08 PM
dudaberhias replied at 7-6-2023 07:04 PM
Tapi sejujurnya lawak sheols tak lawak langsung... Lagi lawak yang pelawak cross dresser india tu bu ...

Ya noks…punchline ahsoh tu tak sampai tambak johor pun..duk tersangkut kat yishun jah..halahhh…duk fakyu fakyu jah…
Betul baik layan Kumar..lawak x hengat
Quote fadz84 7-6-2023 07:22 PM
dudaberhias replied at 7-6-2023 07:04 PM
Tapi sejujurnya lawak sheols tak lawak langsung... Lagi lawak yang pelawak cross dresser india tu bu ...

Muka dah la buruk.. merepek ntah apa2.. ye Kumar tu blh la juga tergelak lawak dia..
Quote Orix 7-6-2023 07:30 PM
betul ke sheols comedian ? iols tgok muka sheols vibes nenek sihir kuat sgat yach !
Quote babycc 7-6-2023 07:45 PM
Tp most Singaporean mmg berlagak pon.. x kire la melayu ke cina.. yg malaysian keje kat sana pon ikut berlagak juga...pdhal income 9k seblm die dpt after convert RM tu pon aku dpt juga kat Malaysia tanpa perlu susah payah nak bgn pg2 hadap traffic kat ciq... happen to me ya.. as a banker kat negeri Johor ni menghadap perangai2 kiasu customer2 singaporean & malaysian working in Singapore.. mmg berlagak habis..
Quote Ayda89 7-6-2023 08:26 PM
Afdlin sorang je ek antara ramai2 comedian yg bersuara ?
Quote maeye 7-6-2023 08:29 PM
kumar tu lawak gila kottt. sumber hiburan
Quote jihyomelly 7-6-2023 08:34 PM
kumar lagi lawak.,ahso ni muka mintak penampar..asyik sebut.pakyu pakyu pakyu..kemon kat mesia ni ada mak sedara retis yg lagi awal sebut pakyu pakyu pakyu siap ada gif pakyu lagi…
Quote adelea 7-6-2023 08:57 PM
dudaberhias replied at 7-6-2023 07:04 PM
Tapi sejujurnya lawak sheols tak lawak langsung... Lagi lawak yang pelawak cross dresser india tu bu ...

Si kumar best sbb dia cerita lawak real life experiencing … bukan kutuk org …

Topik dia klu laki bini auntie uncle … amoi ahcai mmg best laaa dengar … dia plak dah tua … know how to touch people heart with realiti …

Quote heythere123 7-6-2023 09:11 PM
oh ni ke yg trending dekat twitter tu. Tak sesuai jadi pelawak, syok sendiri & rude je
Quote Hoola 7-6-2023 09:14 PM
terserlh sungguh dendam kesumat pd riak wjh pelawak yg mhina ngra kita tu ya
apa dia xpuas ati gamakbya

ps-ternnti jg komen dr plawak msia sorg lg yg sllu suka bg pendpt..apa pdgnnya ttg isu ini?
Quote SalenaGomez 7-6-2023 09:15 PM
Hujung2 malaysia ni jugak laa korang dtg menyemak shopping, isi minyak , makan2 n test drive kan

Kang stop bagi air kang, minum laa air kencing sendiri, baru ada akal…gittchewwww

Racist gila eh, baca la sejarah kenapa singapore keluar malaysia deyyy
Quote SalenaGomez 7-6-2023 09:19 PM
SalenaGomez replied at 7-6-2023 09:15 PM
Hujung2 malaysia ni jugak laa korang dtg menyemak shopping, isi minyak , makan2 n test drive kan

Ka ...

Btw org mcm ni patut gomen blacklist n sekat jangan masuk malaysia…ni bukan lawak, ni menghina malaysia. sapa2 rajin buat online voting on this please lah buat…pastu tepek sini link, ramai2 kita vote
Quote missHaidiD 7-6-2023 09:28 PM
Ahso muka cm tak mandi je.

Ko mandi ke tak
Quote KirazMevsimi 7-6-2023 09:43 PM
dendam nau nau bunyik nya ye. nampak kepuasan di muka nya. nak² lagi ada penontan malaysia kat situ. makin menjadi perangai dan tutur katanya
Quote TomyamPuteh 7-6-2023 10:02 PM
Aku nk tggu komen dari Douglas Lim. Tu pun lg sekor makhluk yg suka buat lawak yg menjurus ke arah racis.
Quote Diamondmoney 7-6-2023 10:15 PM
Kahkahkah tergelak aku
Quote dudaberhias 7-6-2023 10:26 PM

hahaha sebijik...patutla tak nak gi sekolah rhoperrnyaaa ada dendam...

suruh kak km bawak bendera malaysia lepastu gantung kat bilik sheols.. merempan2 gittuhh budak tu nanti...


Quote Zazama 7-6-2023 11:10 PM
Edited by Zazama at 7-6-2023 11:12 PM

Apalah agaknya perasan mak pak dia tgk anak perempuan dia ashik pak yu, pak yu atas pentas. Ada bangga ke? Dah kalau dh ada laki dan anak2, ntah2 ashik di pakyu pakyu kat rumah merpati mereka tu. Evil sungguh tgk airmuka dia!

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.058730 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top