Datuk Aaron Aziz, 47, tidak terlibat dengan sebarang babak lakonan untuk filem Extraction 2. Pihak pengurusan Netflix di Malaysia mengesahkan pelakon itu sebaliknya hanya hadir ke tayangan perdana sebagai tetamu jemputan.
Datuk Aaron Aziz dan Iedil Dzhuhrie Alaudin adalah pelakon yang diundang mewakili Malaysia ke acara karpet merah dan tayangan perdana filem Extraction 2 bagi kawasan APAC yang berlangsung di Manila. “Aaron Aziz dan Iedil Dzhuhrie Alaudin tidak terlibat dalam filem Extraction 2. Kedatangan mereka ke sana adalah berdasarkan undangan bagi mewakili Malaysia ke tayangan perdana,” respons agensi pengurusan Netflix di Malaysia, Maker Lab, selepas dihubungi Utusan Malaysia menerusi emel. Namun, Aaron Aziz dan Iedil Dzhuhrie berkesempatan bertemu pelakon utama Extraction 2 iaitu Christ Hemsworth dan pengarahnya Sam Hargrave di satu pentas yang sama.
Mereka turut bergambar dengan bintang dari negara Asia Tenggara yang lain seperti Ananda Everingham dan Nawat Kulrattanarak. Terdahulu, Aaron memuat naik beberapa video dalam laman sosial menceritakan keterujaannya bertemu bintang aksi terkenal dunia Chrish Hemsworth dan Sam Hagrave di Manila. Extraction 2 merupakan sekuel daripada filem pertamanya yang terbit pada tahun 2020. Ia akan mula ditayangkan di Netflix bermula 16 Jun ini. Sumber: Utusan
|
dudaberhias replied at 7-6-2023 06:20 PM
semua orang tahu la heols hadir sebagai tetamu je...
takkan la dah terpleot sana sini nak hadir seb ...
heythere123 replied at 8-6-2023 01:00 AM
hensemnya wakil thailand tu. Malas tulis nama sebab panjang sangat
piro77 replied at 8-6-2023 11:49 AM
Share pls dia punya drama or movie apa? Tgh boring nk cari drama/ movie, tp i nak tgk hero yg elok ...
dua_chzy replied at 8-6-2023 02:25 PM
Apsal la Tuhan cipta rupa kokesen tu lebih superior banding rupa Asia, terutama belah Asia Tenggara. ...
sayurmayur88 replied at 8-6-2023 06:41 AM
hahahaha, kuenss.. dengan badan sasa, mata biru, rambut pon macam2 warna ada.
ADVERTISEMENT