Gara-gara memperlihatkan bahagian ketiaknya menerusi sebuah video tarian yang dikemas kini di Instagram, Yura Yunita dibanjiri kutukan netizen. Padahal kata penyany itu, tujuan video tersebut dikongsi adalah sebahagian daripada latihan tarian untuk persembahan Pertunjukan Tutur Batin.
Sayangnya, seorang netizen telah meninggalkan komen berbunyi: “Macam mana boleh yakin diri tayang ketiak tak cantik?” Ada yang mengatakan ketiak penyanyi Tutur Batin itu berwarna hitam. Yura yang mengaku pada mulanya berasa sedih menerima sindiran tersebut menjelaskan sebagai manusia dia merayakan ketidaksempurnaan diri. “Jujurnya saya sempat sedih dan rasa down kerana saya buat video latihan tarian, angkat-angkat tangan tapi yang didapatkan adalah soal ketiak tidak cantik. “Ada masalah ke jika ia tidak cantik? Saya memilih merayakannya dan yang penting adalah bagaimana kita menjaga atau merawatnya,” ujar Yura seperti dilaporkan Detik.com.
|
ADVERTISEMENT