CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kau Siapa Bab*? - Eric Floor 88 Bengang Artis Sendu Demand Bayaran Lima Angka Untuk MV

7-6-2023 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3918| Komen: 41

Eric Fuzi dari kumpulan Floor 88 geram dengan seorang selebriti yang bersikap ‘demand’ dalam meminta bayaran untuk membintangi video muzik (MV).

Tanpa mendedahkan identiti selebriti itu, Eric menerusi hantaran di Instastory memaklumkan bayaran yang diminta individu itu sebanyak lima angka biarpun namanya tidak dikenali ramai.



IG

“Kau berlakon pun menumpang cerita yang viral. Tapi nama kau pun tak hype mana tapi kau punya minta payment itu satu music video sampai lima angka?!

“Kau siapa b*b*?! Tak lama la kau… masa diorang sebut nama kau pun aku tak kenal sangat. Tapi kita nak bagi peluang kat artis-artis baru ini untuk terus berkembang.

“Tapi maaflah kau punya feeling feeling tu membantutkan karier kau,” luah Eric.

Dalam pada itu, Eric turut memberi nasihat dari segi bayaran dengan mengaji semula kos produksi dan rate selebriti yang masih relevan.


“Nak letak payment tu biarlah yang berpatutan. Cuba kaji average kos produksi dan rate artis yang relevan sikit,” ujarnya lagi.



Bagaimanapun, usaha Gempak untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada Eric belum berjaya memandanhkan dia masih tidak menjawab mesej yang dihantar.


Sumber: gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Diamondmoney 7-6-2023 05:42 PM
Siapakah ituuuuuuewwwww
Quote dudaberhias 7-6-2023 06:11 PM
siapa chuolsszahhh?
no wonder lah sendu rhoperrnyaaa payment demand sampai boleh gi umrah dengan jah dan bini sambil hirup2 kucate...

memang ramai yach retis sendu feeling2 popular nak payment mengalahkan gaji T20...
padahal taraf sampah jah dan ikan bilis kat pulau pangkor tu lagi acik2 kenal dari theyols...

setakat berlakon untuk MV band malaysia yang kepam dan gundu je kot jadi tolong lah fikir dengan otak... bukannya ko cameo dalam MV penyanyi hollywood...

Quote LadyCarefree 7-6-2023 06:15 PM
Teruknya perangai Eric ni siap nak dibabikan orang. Memang kalau gundu hodoh perangai kena seiring?

Biarlah dia nak minta payment berapa pun. Kalau mampu dan rasa berbaloi, bayar. Kalau tak, tak siapa paksa. Agaknya dia letak harga tinggi supaya kau tak offer dia job entah MV retis hauk mana.
Quote mawardia 7-6-2023 06:50 PM
Eh Eric. Kalau x mampu x yah lah hire. Motip nak babikan retis?
Quote codenamedream 7-6-2023 07:02 PM
Mungkin budak extra PHC
Quote slyfynx 7-6-2023 07:03 PM
X.... skrg ni, die x paksa pun.
Rase x berbaloi, x perlu guna khidmat die
Quote cikuduku 7-6-2023 07:27 PM
mawardia replied at 7-6-2023 06:50 PM
Eh Eric. Kalau x mampu x yah lah hire. Motip nak babikan retis?

tah dia ni. dia x tgk cermin ke?
Quote cahaya_almas 7-6-2023 07:30 PM
Sekali tiba2 org tu glemer n dpt payment.tinggi baru tau...huhu
Quote Hoola 7-6-2023 07:31 PM
amboiiii dia pulak emo
kalau rs xmmpu xyh amik
achik2 forum pun lawo2 sesuai masuk mv
Quote dudaberhias 7-6-2023 07:33 PM
cahaya_almas replied at 7-6-2023 07:30 PM
Sekali tiba2 org tu glemer n dpt payment.tinggi baru tau...huhu

Iols speku macam eyka farhana sebab katanya tumpang drama viral je...

Kalau eyka tu memang la mahal... Takkan nak bayar 500 hengget kot..
Quote EncikRhoma 7-6-2023 07:36 PM
Mungkin tu cara artis tu tolak tak nak berlakon mv floor88 secara terhormat. Apa kelasss berlakon dalam mv floor88?
Quote izat123 7-6-2023 07:40 PM
Tah tah dia tak nak cemar nama berlakon video klip kumpulan rempit tapi tak sampai hati nak tolak mentah mentah. So letak lah harga mahal.
Quote selipar_hijau 7-6-2023 08:18 PM
Overnya eric ni tak padan dengan .. .. (sambung dlm hati je la). Btw dia ni group leader floor88 ke?
Quote dolladolla 7-6-2023 08:25 PM
Nak marah tu marahla ni sampai nk membinatangkan org....xde beza pun ko dgn binatang tu bro..
Quote Piramida 7-6-2023 08:37 PM
Lerrrr... Itu demand org tu.
If nak.. bayar... If tak nak tak payah lah ambik org tu.
Quote orkidorkido 7-6-2023 09:13 PM
Hmm penat betul industri Msia ni, sebelum quote rege nak kena pikir bahagian orang lain, kos produksi, kos katering, kos itu ini huhuuuu .. kau jangan babikan dia tu, dia tak sangka gaji jadi retis 50 hengget sehari. Dia ingat ribu riban
Quote imransulaiman 7-6-2023 09:21 PM
5 angka yang dia minta tu berapa biiii...? 50K?

Kalau 10K tu apa barang terus babikan orang?

Quote sleepandream 7-6-2023 09:28 PM
5 angka tu rm10k minimum...
kalau tak sediakan makeup/dress/pengangkutan/makan minum/hotel boleh kot nak demand... kalau ada nama laaa
Quote Themilo 8-6-2023 07:47 AM
hahahaha.. celakanyahhhh.. kau pun popular ke dekkkk?

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.036865 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top