Nabila Huda yang juga penganjur Konsert D'Masiv Road To The World di Zepp Kuala Lumpur menangis apabila tidak dapat menonton konsert itu walaupun dia adalah penganjur. Nabila selaku penganjur dan wakil Neptunes Present sudah lama teruja untuk bersama-sama 'galau' di konsert berkenaan.
"Saya sangat sedih tidak dapat menonton konsert D'Masiv, apatah lagi saya selaku penganjur konsert itu. Saya menangis sambil lihat menerusi 'video call'. "Saya masih berada di luar negara atas komitmen kerja. Tak mengapa, saya akan pastikan bulan depan akan ke Singapura untuk menyaksikan persembahan mereka," katanya kepada Harian Metro.
|
ADVERTISEMENT