“Mengapa tajuk cerita begitu? Sebuah persoalan yang selalu ada dalam fikiran saya,” tanya Amir Ahnaf ang enggan menjelaskan situasi sebenar punca dirinya dilabel sombong atau kekwat oleh segelintir peminat baru-baru ini.
Memetik laporan Utusan Malaysia, pelakon itu tidak mahu melanjutkan perbualan ketika dihubungi melalui aplikasi Whatsapp. Malah, hanya sempat meluahkan rasa kecewanya terhadap berita negatif yang tular melibatkan dirinya. Sebelum ini, namanya mula menjadi bualan hangat netizen selepas seorang pengguna TikTok berasa kecewa kerana tidak dapat mengambil gambar dengan aktor tersebut.
|
ADVERTISEMENT