![]() Georgetown: Seorang lelaki yang mengamuk di sebuah tokong berakhir dengan tragedi apabila dia menembak dirinya dalam kejadian di bawah Pangsapuri Taman Sri Bunga, Jalan Perak, Jelutong di sini, semalam. Dalam kejadian jam 4.10 petang itu, Goh Kim Leong, 50, mati selepas melepaskan satu das tembakan di sebelah kanan kepalanya sebelum rebah berhampiran tokong berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, sebelum kejadian mangsa meminta anak lelakinya yang berusia 22 tahun menghantarnya ke kawasan perumahan itu. “Sejurus tiba di tingkat bawah flat itu, mangsa terus menuju ke kawasan tokong berkenaan dan ketika itu ada empat lelaki sedang berehat dan minum di situ. “Bagaimanapun, mangsa secara tiba-tiba mengamuk dan memarahi empat lelaki terbabit selain menyuruh mereka keluar dari kawasan tokong berkenaan,” katanya.
|
20
![]() Bagus |
10
![]() Marah |
15
![]() Terkejut |
9
![]() Sedih |
25
![]() Lawak |
13
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT