Giliran pelakon Hafreez Adam menjadi mangsa blogger yang menghebahkan berita kematiannya. Mengakui terkejut dengan berita itu, Hafreez menerusi hantaran di Instagram mendedahkan mengetahui mengenainya apabila kenalannya bertanyakan tentang kebenaran laporan berkenaan.
Justeru, Hafreez memberi amaran kepada pihak berkenaan kerana bimbang dengan perasaan ahli keluarga lain. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa berang dengan tindakan blogger tersebut dan menyarankan Hafreez untuk mengambil tindakan undang-undang. Terdahulu, beberapa artis tanah air turut berhadapan dengan perkara yang sama seperti Datin Zarina Zainuddin, Datuk Aaron Aziz dan ramai lagi.
Sumber: Xtra
|
ADVERTISEMENT