Misteri bau busuk di sebuah kawasan perumahan akhirnya terjawab dengan penemuan mayat seorang penghuni sebuah bilik sewa. Mayat tersebut merupakan seorang bekas juruhebah popular yang dikenali sebagai Yam, 77.
Thaiger melaporkan, kematiannya langsung tidak disedari jiran tetangga sehinggalah mereka terhidu bau busuk. Yayasan Penyelamat Sawang Phon Kuson Rayong, pihak berkuasa tempatan dan pegawai polis dari Balai Polis Muang Rayong bergegas ke bilik sewa berkenaan selepas mendapat laporan. Selain mayat Yam, mereka turut menemui nota dalam diarinya bertulis: "Setiap malam ada hantu dalam bilik ini". Malah di dinding pula, Yam menulis mesej menggesa orang ramai agar tidak mencipta karma buruk untuk diri sendiri dan mengambil berat antara satu sama lain Apa yang menjadi misteri, pihak berkuasa berkata, terdapat dua kematian berlaku di bilik sewa yang sama sebelum dihuni Yam.
Penghuni pertama mati kerana menggantung diri, manakala penghuni kedua meninggal dunia tanpa sebab tidak diketahui. Yam, penghuni ketiga, dikatakan mengalami gangguan paranormal sehingga detik kematiannya. Mayat juruhebah itu dihantar ke Hospital Rayong untuk dibedah siasat bagi mengenai punca sebenar kematiannya. -CARI Sumber: mStar
|
twins replied at 8-6-2023 09:31 AM
mesti sewa 50 hengget jer ni mcm rumah sewa kat shah alam tu....kuikuikui
Tinot7 replied at 8-6-2023 11:30 AM
Rumah sewa mana yg rm50 jahh tu? Area?
twins replied at 8-6-2023 03:31 AM
Section 2 Shah Alam. nak try ke ....hihihihi
dua_chzy replied at 8-6-2023 03:31 PM
Aiol hada dengar cerita ni zaman stoden dulu. Betul ka atau urban lejen?
dua_chzy replied at 8-6-2023 03:31 PM
Aiol hada dengar cerita ni zaman stoden dulu. Betul ka atau urban lejen?
twins replied at 8-6-2023 11:31 AM
Section 2 Shah Alam. nak try ke ....hihihihi
Tinot7 replied at 8-6-2023 05:53 PM
Org kata kat pj pun ada umah berantu. Tapiumah2 tu dah dirobohkan jadi tmpt letak keta..
twins replied at 9-6-2023 09:57 AM
dah jadi parking malam2 lagi banyak antu.... antu kepala hitam dalam kereta waktu malam..... hihih ...
esbok replied at 7-6-2023 10:08 AM
apalah nasib tuan rumah
ADVERTISEMENT