|
Sepanjang 15 tahun berkecimpung dalam bidang seni suara, penyanyi terkenal Indonesia iaitu Afgan tidak ingin dikenali sebagai penyanyi yang hanya berkarya dengan satu genre lagu.
Katanya, sebagai manusia pastinya melalui pelbagai pengalaman serta fasa kehidupan yang berbeza-beza. “Afgan tidak harus didefinisikan dengan satu genre, misalnya Afgan itu Rnb, Afgan itu pop,” katanya semasa sidang akhbar Konsert Evolution di Thamrin, Jakarta Pusat, hari ini.
Konsert tersebut berkonsepkan gambaran proses evolusi daripada perjalanan karier penyanyi yang terkenal dengan lagu Padamu Ku Bersujud bagi tempoh lima tahun terakhir.
Untuk rekod, Afgan sempat melancarkan album bahasa Inggeris pada 2021 dengan lagu genre RnB. Menerusi konsert itu, Afgan akan menyanyikan lagu-lagu lamanya yang kebanyakan bergenre balada. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.072431 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.