Memasang impian untuk berlakon dalam filem biopik, Aedy Ashraf mengidamkan watak Khairy Jamaluddin untuk mencabar diri keluar dari zon selesa. "Saya idamkan untuk bawa watak biopik yang mana saya perlu memainkan watak yang benar-benar hidup.
"Saya rasa itu antara satu cabaran juga dan agak susah untuk dibawakan. Jika sebelum ini, watak yang saya lakonkan semua berbentuk fiksyen dan dicipta oleh pengarah. "Sebagai contoh Farid Kamil yang membawakan watak Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia sangat mencabar," katanya ketika ditemui OHBulan pada majlis Penjemaan Semula Fam’ Fries yang diadakan di sekitar ibu kota, baru-baru ini. Tambahnya, dia mengimpikan untuk membawa watak Bekas Menteri Kesihatan itu kerana sangat meminatinya. "Saya teringin untuk jadi KJ, saya amat meminati beliau. Saya suka akan karisma yang ada padanya. KJ sangat solid sebagai seorang lelaki.
"Walaupun ia mungkin tidak akan terjadi, namun ia salah satu cita-cita saya," ujarnya. Sumber: OHBulan
|
dudaberhias replied at 6-6-2023 09:43 PM
kj tak boleh la sebab heols tinggi dan gelap...
telinga pun elok je terletak...
sharlenetexas replied at 6-6-2023 10:21 PM
Sape nk jadi mayakaran? Cameo?
ADVERTISEMENT