Baru-baru ini, tular video seorang mat rempit maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal RXZ bersama sebuah kereta berhampiran Seagate, Pulau Pinang. Susulan video kemalangan tersebut, muncul pula video Ustaz Azhar Idrus menerangkan mengenai hukum meninggal dunia ketika merempit.
Menurut pendakwah bebas itu, hukum mati ketika merempit adalah haram. Mati merempit haram dan ada sesetengah ulama menfatwakan ia sebagai membunuh diri. Ustaz Azhar memberi contoh individu berlumba dengan keadaan ada lori di hadapan. Maka haram hukumnya kerana berlumba suka-suka yang merosakkan nyawa sendiri.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen menasihatkan anak-anak muda pada masa kini untuk tidak melibatkan diri dalam kegiatan rempit ini. Sumber: OhMedia |
sharlenetexas replied at 6-6-2023 09:31 PM
Apa perasaan mak bapak arwah mat rempit tu?
ADVERTISEMENT