Elly Mazlein dan Rina Rose sekali lagi mencuri perhatian apabila menyanyikan lagu berjudul Bertemu dan Berpisah sebaik sahaja memperkenalkan Datuk Ramli MS di atas pentas. “Kalau tak gila bukan Kepom dan Rina Nose namanya.
“Macam tu je di gula-gulakan Tok Ram,” tulis pada paparan skrin berkenaan. Malah, ada yang menyifatkan sejak Elly Mazlein kerap bertemu dan mengacarakan program bersama pemuzik terkenal itu, sifatnya yang serius kini bertukar menjadi lucu dan spontan. Bahkan, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan Datuk Ramli MS atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram apabila dengan selamba menegur rakannya iaitu Datuk Jalaluddin Hassan yang turut hadir pada program berkenaan.
“Sejak kerja dengan Kak Lina ni, Tok Ram pun dah terlebih masuk air. “Tok Ram ni kelakar rupanya. Dulu serius je muka sekarang dah jadi pelawak. “Aku terkejut dengar Tok Ram cakap ‘Eh, my friend! “Aku tengok Tok Ram sekarang dah lain, dah makin happy. Dulu dialah terpaling serius. “Tok Ram dah rosak dikerjakan Roy Azman. Tok Jalal pun sama!,” komen netizen. -CARI Sumber: XTRA
|
ADVERTISEMENT