Kuala Lumpur: Seorang Ketua Polis Daerah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pahang kerana disyaki menerima rasuah dianggarkan lebih RM1 juta sejak 2017 hingga 2022. SPRM dalam kenyataan berkata, pegawai kanan polis berusia 53 tahun disyaki menerima rasuah bagi melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut di sekitar daerah kawalannya.
"Bayaran rasuah ini disyaki bagi melindungi pusat hiburan dan pusat urut yang tidak berlesen daripada sebarang tindakan dan gangguan pihak berkuasa," katanya Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Amin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan namun enggan mengulas lanjut. "Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Decaffeinated replied at 7-6-2023 02:21 PM
Aku sorang ja ka rasa SPRM sekarang extra rajin.
Ka sama ja?
tripleid replied at 7-6-2023 03:54 PM
Skrg baru rajin buat keja lepas kena push kaw2 dgn pmx ..
Decaffeinated replied at 7-6-2023 04:56 PM
Amalan kutip ufti ni benda dah berakar umbi dah jadi budaya kot.
Good luck lah pada mana2 pemerin ...
ADVERTISEMENT