Nyawa Trisha Ooi umpama berada di hujung tanduk apabila ketumbuhan 'cyst' dialami sebesar 6.7 sentimeter (sm) pecah di dalam perut pada Sabtu lalu. Trisha kata dia sudah lama menghidapi ketumbuhan 'cyst' itu dan dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut, cuma tidak sangka ia pecah tiba-tiba sehingga dia harus menjalani pembedahan kecemasan di Hospital Selayang.
"Saya rasa dah nyawa ikan. Ketumbuhan 'cyst' ini sangat menyakitkan. Saya mula diserang teruk sejak beberapa bulan lalu, namun atas komitmen kerja saya membuat keputusan cuba bertahan dengan mengambil ubat-ubatan diperlukan daripada doktor. "Tapi, selepas selesai saja penggambaran drama Tentang Hati Dia baru-baru ini, saya tak boleh bertahan lagi. Perut saya 'cramp' (kekejangan) hingga kesukaran bernafas dan minta pengurus bawa ke Hospital Selayang. "Doktor memaklumkan 'cyst' saya sudah pecah dan perlu membuat pembedahan segera demi menyelamatkan nyawa. Saya bersyukur pembedahan berjalan lancar dan dipermudahkan urusan," katanya kepada Harian Metro.
|
ADVERTISEMENT