CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dituduh Play Victim, Qistina Raisah Dah Malas Nak Layan- "Terima Kasih Puteri Balqis, Kalau Jumpa Di Mana-Mana Saya Tegur"

6-6-2023 06:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1411| Komen: 5

Dituduh play victim, Qistina Raisah berterima kasih kepada Puteri Balqis atas kemelut yang tercetus antara mereka.

Qistina dah malas nak memanjangkan isu dengan pelakon berusia 16 tahun itu.


Foto: IG

“Saya gembira akhirnya Balqis buka mulut dan menjelaskan apa yang terbuku di hatinya berkenaan isu terbabit.

“Saya sudah malas nak panjangkan isu ini. Kalau dia kata saya berlagak seperti mangsa keadaan (play victim), itu terpulang kepadanya.


“Rasanya netizen tahu siapa individu yang dia betul-betul maksudkan. Sekurang-kurangnya, dia tak diam diri selepas menyebabkan reputasi saya tercalar,” katanya kepada Kosmo! Online.

Kata Qistina lagi, dia sangat menghormati Balqis sebagai pelakon yang lagi senior dan banyak memenangi anugerah.



“Ya, betul. Dia sudah banyak menang anugerah dan dia memang seorang pelakon yang hebat.

“Saya sangat menghormati dia sebagai pelakon yang lebih senior berbanding saya. Doa saya yang baik-baik buat Puteri Balqis.

“Industri seni ini kecil sahaja. Saya pun tiada masa nak bergaduh tentang perkara remeh. Kalau jumpa dia di mana-mana selepas ini, saya akan cuba tegur macam biasa,” katanya kepada Kosmo.


Terdahulu, Balqis tampil memberi respons selepas didakwa bergaduh dengan Qistina Raisah. Katanya, dia tidak menyebut nama mana-mana pihak atau selebriti dalam statusnya baru-baru ini yang didakwa ditujukan kepada Qistina.

“Saya tak rasa dia saja aktres 14 tahun di Malaysia. Saya tak tahu kenapa nama saya disebut-sebut sedangkan saya tak sebut sesiapa. Saya tak tahu kenapa perlu ‘play victim’,” katanya kepada media.



Sebelum ini, Balqis, 16, meluahkan rasa amarah terhadap individu tidak bernama yang dipercayai Qistin Raisah.

“Kau baru berusia 14 tahun. Tak banyak beza pun dengan aku tapi cringe (janggal) kau mengalahkan orang tua.

“Video tayang punggung hari-hari tapi berlakon satu hapah anugerah pun tiada (tidak pernah menang anugerah). Tolonglah jangan bagi aku satu set (berlakon) dengan dia,” coretnya menerusi InstaStory.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 6-6-2023 06:46 PM
gasak lah korang memasing buki busuk...

jangan hujung2 berapa puluh tahun lagi... dua2 di jumpai dengan tin beskot karat di letakkan dekat depan masing2 dengan muka sedih tunggu acik2 hulur duit singit dua...

Quote bluecrystal 6-6-2023 07:08 PM
tapi ko lawa dek..rilex2 je flip hair patutnya..heran pulak dengan award dia gituhhhh
Quote rosedemon 7-6-2023 09:22 AM
diamla dua2 bijik ni
Quote misssakura 7-6-2023 09:35 AM
next neelofa fazura ke ni
Quote hena123 7-6-2023 12:10 PM
Pernyataan tersebut among us menunjukkan bahawa Qistina Raisah merasa gembira kerana Puteri Balqis akhirnya memberikan penjelasan tentang apa yang terjadi dan memberikan pandangannya mengenai isu tersebut.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.028134 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top