CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Durian Rahmah Sebakul RM50 Je, Campur-Campur Termasuk Musang King, IOI Dan B13

6-6-2023 05:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 920| Komen: 6

Muar: Hanya RM50 sebakul, penggemar durian boleh menikmati pelbagai jenis termasuk Musang King, IOI dan B13 yang ditawarkan peniaga di Jalan Tangkak-Muar Sungai Mati.

Cetusan idea peniaga durian, Mohd Faris Idris, 36, sekali gus memberi peluang kepada peminat durian untuk merasai buahan 'kayangan' dengan harga yang murah.


Foto: Harian Metro

"Jika tidak buat begini, orang ramai tidak mampu membeli kerana durian sinonim dengan harga mahal lebih-lebih lagi Musang King, IOI dan B13.

"Kali ini, pelanggan tidak perlu lagi bimbang kerana setiap bakul ini terdapat semua jenis durian. Setiap bakul durian ini terdiri antara tujuh hingga 10 biji bergantung pada saiz.

"Konsep ini paling laris dengan kira-kira 400 bakul sudah terjual setakat ini berbanding jualan mengikut setiap biji yang sebelum ini sambutan kurang menggalakkan.

"Lagipun, sekarang ini durian semakin banyak di pasaran jadi ia bukan sahaja memudahkan buah cepat habis, tetapi memberi peluang kepada semua pelanggan merasainya," katanya ketika ditemui.


Katanya, jualan secara bakul yang pertama kali diperkenalkan tahun ini dan ternyata sambutan diterima sangat memberangsangkan.

"Jika jualan secara bakul habis waktu pagi, saya buka pula pada waktu dengan bekalan durian yang baru sampai.

"Pelanggan pun berpuas hati dengan konsep harga Rahmah ini dan ia akan diteruskan sehingga habis musim," katanya yang mendapat bekalan durian di sekitar daerah ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 6-6-2023 06:39 PM
cuaca panas2 then makan doyan.. ?

tu la kome dulu juai mahai, ikut kilo

dah abes satu generasi tak reti makan doyan sbb rega kayangan..

china pun dah start kebun sendiri,  baru ada akai nak juai longgok mcm dedulu kala

kome kena belajo la buat tempoyak ke lempuk doyan ke sbb tak laku
Quote arnauld 6-6-2023 07:04 PM
Harga ladang dari dulu lagi 50sebakul mana dtg rahmah madanon plk ni...
Quote airfilterkotor 7-6-2023 01:29 AM
"Jika tidak buat begini, orang ramai tidak mampu membeli kerana durian sinonim dengan harga mahal lebih-lebih lagi Musang King, IOI dan B13.


Iyo laa.
Quote rosedemon 7-6-2023 09:09 AM
betoiiiii keeeeee????
Quote sayurmayur88 7-6-2023 10:21 AM
durian = OVERRATED
Quote Radzor 31-10-2024 06:43 PM
serius ke ni. ada org muar boleh sah kan. boleh la pi cuti ni

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.139610 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top