CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mekanik Hantuk Kepala Ke Hidung, Ugut Nak Bunuh Isteri Sebab Ajakan Seks Ditolak

6-6-2023 05:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1632| Komen: 21

Melaka: Seorang mekanik dituduh mengugut bunuh dan mencederakan isterinya dengan menghantuk kepalanya ke hidung mangsa kerana menolak untuk melakukan hubungan seks.

Syed Fakrulrazi Syed Abdul Rahman, 41, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.


Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap isterinya, Rabiatul Adawiyah Abu Hassan, 33, dengan cara menghantukkan kepalanya ke hidung mangsa.

Foto: Harian Metro

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Tanjung Minyak Perdana, di sini, pada 12 Februari lalu, kira-kira jam 10 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama, sabit kesalahan membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun atau denda.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menakutkan isterinya secara jenayah dengan kata-kata ugutan akan membunuhnya di tempat, tarikh dan masa sama.


Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asraf Anuar Sharuddin membantah jaminan bagi tuduhan pertama, namun mencadangkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan melaporkan diri balai polis berhampiran.

Peguam Ishak Mohd Kari memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya sebelum ini bekerja di kedai perabot dan mendapat pekerjaan baharu sebagai mekanik pada 1 Jun lalu dengan gaji RM2,000 sebulan serta perlu menyara empat anak berusia dua hingga 10 tahun.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan.

10 Julai depan ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote riyadhK 6-6-2023 06:02 PM
Nak main pon siap bergasak. Alih2 5minit dah pancut. Choiiii.
Quote rosedemon 7-6-2023 09:08 AM
choiiiii tak penuh cacing
Quote shernazz 7-6-2023 09:19 AM
Mesti kau busuk syed oi
Kalau wangi..bini kau sure tak tolak
Quote syamzana 7-6-2023 09:25 AM
12 feb tu hari ahad pkl 10 pagi plak kot anak2 nak breakfast apa sume ko dok ajak ngeseks. ape ke sangap sgt jantan ni??? tak dan2 ye asal horny je tak kira dah org busy nak msk ke jaga anak umur 2thn tu. dasar kepala kat kote
Quote melekaifc 7-6-2023 09:32 AM
orang melaka tak pelik macam ni
Quote prince_marhaen 7-6-2023 09:44 AM
muka buruk macam ni, pelacur pun anytime je boleh whoareyus kan kauu... jenis kuat kongkek tapi 2 minit dah membuta berdengkur memang la bini malas nak layan kau...muka pun busuk..buang masa je nak kena mandi wajib tgh malam buta..
Quote otai_g 7-6-2023 09:49 AM
Kantoi bang sedara mara tau abg gila sex. Ngesex x kira waktu
Quote toynme 7-6-2023 09:52 AM
patut la otak lain mcm....letak logo capal kat kepala...
Quote azimodin 7-6-2023 09:57 AM
Pergh, aku terlaga kepala dengan anak pon dua2 menagis sakit. Ni pulak kena kat hidung. Confirm berdarah. 10 pagi ko nak ngesek dah kenapa. Kalau dah jenis nak pagi2, Bangun la pukul 5, ngesek, mandi pastu solat subuh. Dah tua pon bodoh
Quote manehnya 7-6-2023 10:00 AM
dia ingat WWE ka hantuk2 bagai...
Quote midori888 7-6-2023 10:04 AM
dari dpt laki giler sxx mcm nie....baik tak payah berlaki....
Quote AbukRokok 7-6-2023 03:12 PM
Ni set set abang sarduh baju merah smlm la ni
Baju pun merah jugak
Quote kemaruk 7-6-2023 03:15 PM
Semoga chatgpt segera memiliki badan fizikal agar berita seperti ini tidak berlaku lagi
Quote kakikuDibibirmu 7-6-2023 03:16 PM
AbukRokok replied at 7-6-2023 03:12 PM
Ni set set abang sarduh baju merah smlm la ni
Baju pun merah jugak

Budu dengan cencalok tak habis-habis nak menyusahkan orang!
Quote airfilterkotor 7-6-2023 03:19 PM
Musim orang badan gempal buat hal apa hari kaa...?
Quote pokokmeranti 7-6-2023 03:30 PM
mamat nie join telegram minah yg suruh paksa, rogol, cederakan bini ke klu ajakan jimak di tolak?
Quote ninja boy 7-6-2023 03:56 PM
Wanita dikawini utk ditala utk diladangi
Quote krustykrab 7-6-2023 03:57 PM
Percaya lah.akn ada pompuan yg kutuk bini dia...
Quote Belibis 7-6-2023 04:10 PM
shernazz replied at 7-6-2023 09:19 AM
Mesti kau busuk syed oi
Kalau wangi..bini kau sure tak tolak

Wangi tak wangi...pukul 10 pagi ko ajak main,mana la binik nak layan...dengan anak 4 berkeriau...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.050744 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top