CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berjumpa Lagi Selepas 23 Tahun, 'Cinta' Syura Dan Peminat Istimewa Bertaut Kembali

6-6-2023 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1392| Komen: 9

Syura Badron akhirnya dapat bertemu kembali dengan peminat setianya, Zaki Jinggo yang mendakwa pernah bercinta dengannya sebelum ini.

Syura meluahkan rasa gembira dan teruja dapat berkongsi semula kisah lama di antara mereka pada pertemuan itu.


Foto: IG

"Selepas 23 tahun akhirnya kami berjumpa semula. Satu pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan. Mestilah saya gembira dan teruja dapat berjumpa dengan peminat seperti Zaki.

"Dia seorang insan istimewa, jadi saya layan dia sebaiknya. Kebetulan saya terlibat dengan sebuah acara di Kuantan, jadi saya cuba mencarinya untuk kami luangkan masa bersama," katanya kepada mStar.


Syura dan Zaki bertemu ketika penyanyi itu terlibat dalam sebuah festival di Kuatan, Pahang.

Berkongsi lanjut, Syura memberitahu meskipun Zaki merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) namun dia masih mengingati peristiwa dia pernah memegang bahu lelaki itu ketika membuat persembahan sekitar tahun 2000.

"Saya tak sangka dia boleh cerita semula apa yang berlaku sebelum ini. Ketika itu saya sentuh bahunya dan secara berseloroh meluahkan rasa suka kepadanya tapi dia tolak 'cinta' saya.

"Dia juga masih simpan gambar-gambar lama saya dan tunjukkannya semasa pertemuan kami Sabtu lalu.

"Saya cuba manfaatkan masa kami bersama sebaik mungkin kerana dia adalah seorang peminat setia saya," ujarnya.



Sebelum ini nama Zaki tular di media sosial apabila dia membuat pendedahan pernah menolak cinta Syura.

Memberi respon kepada video tersebut, Syura telah menjelaskan dia tidak mengenali Zaki secara dekat dan tidak menolak mereka sekadar bertemu dalam mana-mana acara persembahan.



Ketika berjumpa Zaki pada Sabtu lalu, penyanyi lagu Nazam Berkasih ini turut menghadiahkan sepasang baju sebagai kenangan buat Zaki.

"Dia tahu saya sudah berkahwin dan tidak akan ganggu hubungan saya. Suami juga sangat memberi sokongan untuk kami berjumpa.

"Sebagai kenangan buat Zaki, saya hadiakan dia sepasang baju dan topi," kongsinya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 6-6-2023 05:26 PM
So? Chuolsss sape nyah?

Maaflah kaka terlampau muda untuk kenali chuolsss... 23 tahun lalu tu kaka belum lahir nokkkkk terasa sangat aku yach.... sentap iols chuols dapat kekasih OKU sebelum aku lahir.... Waktu tu onlyfans pun tak wujud lagi... Haku pun masih di loh mahfuz gittuh kemudian di lahirkan dan mencemarkan dunia dengan dosa...

Quote samshik 6-6-2023 05:47 PM
She olls naik sama time ngan nana sendayan.. Tp she olls demand sbb she olls ada rupa...
Quote babynina30 6-6-2023 07:46 PM
samshik: She olls naik sama time ngan n ...


Perasan gila sheols. Adan uke nana labu sndyn lebih meletop dikenali sbg mader, femes di semua medium
Quote matjerk 7-6-2023 06:25 AM
Jgn main2 kan perasaan OKU sis..... pada sis seronok nak buat contentm... pada dia... sis tak tau.   
Quote Burong_Hantuk 7-6-2023 07:55 AM
kdg2 kesian tgk org2 yg gunakan zaki jinggo nih utk content
Quote rosedemon 7-6-2023 09:20 AM
amenda la ko syura buat main prasaan org oku cmni jgn smpi ko jd mgsa kekejaman diorg ni bukan waras sgt
Quote Mamason 7-6-2023 09:38 AM
Sesungguhnya teman sgt takut dgn OKU.  Kome jgn buat main ngan deme.  Deme tu perasaan ade.  Nafsu ade.  Kalau OKU naik minyak, jenuh komeee... deme cari sampai jumpe.  Ape koje laa kome ni Syura wehh... buat main ngan perasaan OKU.  Jgn layan udah lee...Pelik2 laa kome kot ye pun!
Quote prince_marhaen 7-6-2023 09:51 AM
berani ye jumpa sambil2 buat content acah2 kau hot sangat sampai ada peminat obses..padahal sorang tu je.. orang lain menyampah ngan ko adik beradik, sekali bff kau yang kepam anak beranak tu... jangan memain dengan orang obses ni...tau2 kang masuk newpaper pulak ada orang kena godokkk peminat fanatik..
Quote pembacagosip 7-6-2023 10:09 AM
uewwwww releven ke ko

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.063321 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top