Di sebalik keindahannya yang mempesonakan saat tiba di puncak, siapa sangka realiti Gunung Everest yang menjadi sebutan ramai sungguh meloyakan. Seiring masa berjalan, jumlah manusia menyertai aktiviti pendakian di situ juga meningkat.
Bayangkan untuk capai ke puncak, ratusan pendaki perlu beratur dahulu dan berdiri lama dalam suhu sejuk demi menunggu giliran. Ada juga pendaki yang tinggal berminggu-minggu di kem tertentu untuk membiasakan tubuh mereka dengan altitud Everest. Justeru mereka akan membawa bekalan makanan yang banyak serta tangki oksigen. Namun, ada kesan buruk yang jarang didedahkan kepada orang luar. Terdapat kawasan kem yang sudah tercemar dengan pelbagai sampah sarap ditinggalkan geng pendaki ini termasuklah sisa tuala wanita, perkakas masak, najis, tangki oksigen kosong beserta khemah terbiar.
Dengan faktor pemanasan global yang semakin serius, salji yang mencair akan membawa segala barang buangan itu ke sungai. Keadaan ini mencemarkan sumber tadahan air dan kerisauan utamanya sudah pasti tentang kesihatan penduduk di sekitar pergunungan terbabit. Berikutan itu, pihak berwajib digesa orang ramai untuk menghadkan jumlah pendaki setiap kali musim pendakian tiba. Namun ia sukar dilaksanakan memandangkan ia juga menjadi sumber penjanaan ekonomi negara. Dengan jumlah pencemaran yang semakin meningkat, Gunung Everest telah mendapat jolokan ‘Pusat Pembuangan Sampah Tertinggi Di Dunia’. Sumber: Kisah Dunia
|
pisanggoreng replied at 6-6-2023 06:54 PM
sini takde jin nak ikut balik kot
BoongaKertas replied at 7-6-2023 08:18 AM
iols tgk kat disney tajuk finding michael kot. teruk giler view atas ni jdnya drpd drone.
ADVERTISEMENT