CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syafiq Farhain Dapat Bayi Perempuan, Tak Nak Selalu Tayang Anak Di Media Sosial

6-6-2023 05:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 948| Komen: 9

Isteri Syafiq Farhain, Alia Nadia, 29, selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada pukul 10.49 pagi Selasa.

Bayi perempuan seberat 2.95 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Kuala Terengganu, Terengganu.



Foto: IG
Kata Syafiq dia lega segala urusan dipermudahkan kerana isterinya bersalin seminggu lewat dari tarikh jangkaan.

"Sepatutnya dia bersalin 29 Mei lalu. Saya pun sudah ambil cuti awal supaya dapat menemani dia. Kalau isteri masih juga belum bersalin hari ini, memang saya terpaksa pulang dahulu ke Kuala Lumpur kerana urusan kerja.

"Syukur segalanya dipermudahkan. Saya sendiri dapat melihat proses isteri bersalin. Melihat wajah anak buat pertama kali, saya senyum sendiri sebelum sempat nak azankan," katanya kepada mStar.



Tambah Syafiq sehari sebelum bersalin, isterinya itu sempat mengikut dia menjalani penggambaran muzik video lagu terbaharunya yang dilakukan di sana.

Menurut Syafiq, isterinya juga turut meminta mahu mengambil epidural bagi menahan rasa sakit namun tidak dibenarkan oleh doktor.



"Sekitar pukul 9 malam (Isnin) dia sudah mula rasa sakit. Ketika itu saya masih sedang jalani penggambaran. Kemudian apabila pulang ke rumah dia sekali lagi mengadu sakit pada pukul 3 pagi dan mula tidak boleh tidur.

"Apabila tiba di hospital, isteri terus dibawa ke bilik bersalin. Tidak lama selepas saya lakukan urusan pendaftaran doktor beritahu bukaan telah 8 sentimeter, jadi memang tidak boleh guna epidural," ujarnya.



Bercakap lanjut, Syafiq dan isteri telah menyenaraikan beberapa nama untuk anaknya itu namun masih belum ditetapkan.

Dia juga enggan terlalu berkongsi gambar anaknya itu di sosial media kerana menganggap kisah keluarga adalah terlalu peribadi.



"Sama juga seperti sebelum ini saya memang jarang berkongsi kisah peribadi di sosial media. Tetapi tidak tahu mungkin satu hari nanti datang perasaan teruja dah jadi bapa," jelasnya.

Untuk rekod Syafiq dan Alia mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2021. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 6-6-2023 08:17 PM
tahniah tahniah tahniah
Quote sleepandream 6-6-2023 08:53 PM
tahneah dpt baby girl
Quote dudaberhias 6-6-2023 09:57 PM
tahniah...
Quote imanjannah 7-6-2023 08:56 AM
alhamdulillah.. tahniah
Quote cik_ingeniare 7-6-2023 09:07 AM
Alhamdulillah tahniah.. selamat berpantang & welcome to parenthood
Quote rosedemon 7-6-2023 09:20 AM
xda sape nk tgk simpan jela ank ko tu
Quote Mamason 7-6-2023 09:22 AM
Ni anak arwah Salem kan? Tidak ke koje nye bomba dak syafiq ni? Tahniah le kome jadi apak ... Moge dipermudahkan urusan membesokan anak2 yek
Quote prince_marhaen 7-6-2023 10:03 AM
simpan je lah capik oii...kau pun dah sendu..boleh masuk peti ais join si paizal AF, shahir gigi besi kepam tu... cakap pun sengau2 pelat2 ganu kepam...acah2 rahsia kawin takut tak laku peminat lari.. sesuailah simpan je..orang kat cyber & putrajaya pun dah menyampah tgok kau bersidai je kat balai tu dengan badan katik tu.. acah2 superstar..walhal dah duk buat keja opis je pun skrg.. bukan abang bomba turun padang pun..
Quote Burong_Hantuk 7-6-2023 02:18 PM
dulu lisa surihani pun kluarkan atatement yg sama....

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.136419 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top