Puteri Balqis tampil memberi reaksi selepas didakwa bergaduh dengan Qistina Raisah. Katanya dia tidak menyebut nama mana-mana pihak atau selebriti dalam statusnya baru-baru ini yang didakwa menuju kepada Qistina.
Dia tidak mengetahui mengapa selebriti tersebut perlu membuatkan dirinya seperti mangsa keadaan. “Saya tak suka orang yang play victim. Setahu saya, saya tak ada sebut nama mana-mana selebriti jadi saya tak faham kenapa perlu bercakap lebih. Saya tak suka cakap banyak, saya cakap sekali je.
“Saya tak rasa dia saja aktres 14 tahun di Malaysia. Saya tak tahu kenapa nama saya disebut-sebut sedangkan saya tak sebut sesiapa. Saya tak tahu kenapa perlu play victim,” katanya seperti dipetik di XTRA. Ketika disoal mengenai status tersebut, Aqish bagaimanapun enggan memberi sebarang respons terhadap tujuan sebenar dan hanya memberi senyuman. Sementara itu, Aqish berkata dia tiada masalah untuk bekerjasama bersama Qistina sekiranya diberi peluang.
“Kalau karakter tu ok, saya tak ada masalah untuk berlakon dengan dia (Qistina),” ujarnya. Dalam pada itu, Aqish menafikan dirinya sengaja memburukkan rakan-rakan selebriti lain.
“Saya bukan nak burukkan diorang, tapi takkan semua benda saya kena, saya kena diam. Saya memang pendiam, tapi saya perlu juga lantang bersuara. “Saya bukan jenis yang hari ni bergaduh, besok up status. Kadang-kadang makan tahun untuk benda tu berulang untuk saya bercakap.
“Jadi saya rasa kalau orang tak mention nama saya pun, walaupun saya tahu orang itu cakap 100% pasal saya.. Saya tak akan bersuara melainkan kalau dah melampaui batas,” katanya.-CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|